Nampak Macam ‘Highlight’ Natural, Rupanya Ada Cerita Sebenar Di Sebalik Rambut Bayi Ini

Unik dan cantik rambut dia.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Code Blue & @yaya_j (Threads)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kadang-kadang, sesuatu yang nampak unik pada fizikal seseorang sebenarnya boleh menjadi petanda kepada keadaan genetik yang jarang berlaku

Perkara itu dikongsikan seorang jururawat di Threads yang menceritakan pengalamannya ketika berada di wad. Dia tertarik melihat seorang bayi dengan sebahagian rambut berwarna putih seperti mempunyai 'highlight' semula jadi.

Selepas bertanya kepada jururawat bertugas, barulah dia mengetahui kanak-kanak tersebut mempunyai Waardenburg syndrome.

SAYS.com
Image via @yaya_j (Threads)

Menurut perkongsian itu, Waardenburg syndrome bukan sekadar menyebabkan perubahan pada warna rambut.

Sindrom genetik yang jarang berlaku ini juga boleh dikaitkan dengan masalah pendengaran sejak lahir, perbezaan warna mata serta perubahan pigmentasi pada kulit.

Menariknya, tanda dan tahap kesannya boleh berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain

Jadi, apa yang kelihatan seperti rambut 'highlight' secara semula jadi mungkin sebenarnya mempunyai kisah kesihatan yang jauh lebih kompleks di sebaliknya.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati ada juga netizen yang berkongsi rambut anak mereka yang sama seperti bayi tersebut.

Lihat perkongsian Threads di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via