seismik

[VIDEO] "Ditolak Kerja Akibat Saiz Badan" - Netizen Sebak Dengar Luahan Hati Gadis Ini

Dia tetap senyum dan tabah. Respect!

Cover image via @tomey8 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik

Rata-rata orang pasti pernah mempunyai pengalaman untuk mencari kerja bagi menampung hidup

Bermula daripada memohon kerja sehinggalah menghadiri temu duga yang ditetapkan. Ada yang berjaya menempuh cabaran itu. Kadangkala, ada juga yang gagal semasa melalui proses temu duga. Semua itu merupakan pengalaman dan pengajaran dalam kehidupan.

Namun begitu, tular sebuah video yang memaparkan seorang gadis meluahkan rasa sedih dan kecewa ditolak kerja akibat saiz badan mencuri tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

@tomey8

komen siapa nak sambungan part2

bunyi asal - tomey - tomey

Luah rasa kecewa dan sedih apabila dihina orang

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang merakam dirinya sambil meluahkan perasaan kecewa dan sedih.

Apa yang lebih membuatkan ramai geram adalah apabila dia sempat berkongsi ejekan dan hinaan yang diterima daripada orang luar.

"Hang ni nanti, siapa nak angkat hang, takkan nak bagi bomba angkat hang" katanya.

Gadis yang dikenai sebagai Tomey itu tetap tabah dan senyum walaupun hatinya telah terluka dan sakit. Dia juga menasihati orang ramai yang menghadapi masalah sama supaya jangan down. 

Tambahan lagi, Tomey juga berkongsi pengalamannya untuk meminta kerja tetapi ditolak gara-gara alasan tidak boleh melakukan pekerjaan kerana saiz badan yang besar.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@tomey8

pengalaman mintak keje tapi di tolak part 2

bunyi asal - tomey - tomey

"Tak kisah la macam mana pun rupa seseorang, mereka pun ada hati dan perasaan" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati dan kecewa dengan pengalaman gadis itu. Malah, ramai yang memberikan kata-kata semangat buat Tomey.

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 900K tontonan, 126K tanda suka dan 4K komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You are beautiful in your own way sis! Kagum dengan ketabahan awak <3

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: