seismik

Novel Tahun 1981 Ini Dah Ramal Koronavirus Covid-19? Macam Ya Tapi Bukan

Seram tapi tak cukup.

Cover image via Twitter @NickHintonn

Koronavirus Covid-19 secara rasminya merupakan pandemik global

Image via AFP

Jadi secara semula jadi, orang ramai mula memberi lebih perhatian kepada filem-filem dan buku-buku mengenai wabak berbahaya yang menyerang dunia.

Menariknya, ada di antaranya yang mempunyai persamaan menakutkan dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Hal ini menyebabkan ramai orang mendakwa bahawa penulis sesebuah buku atau pengarah sesebuah filem seperti sudah "meramalkan" penyebaran wabak ini.

Baru-baru ini tular di media sosial tentang sebuah novel yang dikatakan telah meramal penularan wabak Covid-19 yang sedang kita hadapi sekarang

Menariknya, novel tersebut, The Eyes of Darkness yang ditulis oleh Dean Koontz telah diterbitkan pada 1981 iaitu 39 tahun yang lalu.

Dalam satu tweet yang telah dikongsi secara meluas, seorang warganet berkata bahawa Dean Koontz telah meramalkan wabak koronavirus berdasarkan tangkapan skrin halaman dalam buku itu.

Selain itu, novel tersebut turut membuat ramalan mengenai satu wabak atau penyakit yang akan menular pada tahun 2020

Jadi, adakah benar Dean Koontz meramal masa depan?

Macam ya tapi bukan.

Pertama: Dalam novel itu, virus tersebut adalah senjata buatan manusia.

Kalau anda perasan, watak yang bernama Dombey menceritakan kisah tentang saintis Cina yang membawa senjata biologi yang dipanggil "Wuhan-400" ke Amerika Syarikat. Senjata biologi tersebut dibangunkan di dalam makmal di luar Wuhan di China.

Kedua: Dalam novel ini, virus tersebut mempunyai kadar kematian 100 peratus.

Dalam perenggan seterusnya, Dombey terus mengatakan bahawa tiada siapa yang dijangkiti virus itu akan selamat.

Itu tidak sama dengan pandemik Covid-19. Walaupun wabak ini boleh membawa maut, kadar kematian koronavirus ini jauh sekali dengan 100 peratus, malah tidak mencapai 10 peratus pun purata di peringkat global.

Kesimpulannya, Dean Koontz mungkin seorang penulis yang hebat, tapi dia bukan seorang psikik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in: