seismik

"Ombak Rindu Versi Dah Tua" - Lakonan Maya Karin & Aaron Aziz Dalam Iklan Buat Ramai Rindu

Masih kacak dan cantik.

Cover image via PAK MAT Western (Facebook)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti ramai di sini yang pernah menonton filem popular suatu ketika dahulu iaitu Ombak Rindu bukan?

Filem ini pernah menjadi fenomena kerana jalan ceritanya yang menarik di samping pelakon yang hebat iaitu gandingan Maya Karin dan Aaron Aziz. Malah, lakonan dan watak mereka ternyata masih diingati sehingga hari ini.

Ia mula menggamit memori kembali apabila dua pelakon itu digandingkan kembali dalam sebuah iklan makanan iaitu Pak Mat Western.

Lihat video itu di bawah:

Ubat rindu untuk penonton filem Ombak Rindu

Menerusi video tersebut, kelihatan mereka berdua digandingkan dalam sebuah iklan makanan Pak Mat Western.

Apa yang lebih menarik adalah, mereka dilihat melakonkan kembali watak mereka dalam filem Ombak Rindu iaitu Maya Karin sebagai Izzah dan Aaron Aziz sebagai Hariz.

Lakonan mereka ternyata menguabti kerinduan ramai orang terhadap filem tersebut dan ada juga yang menyifatkan ia adalah 'versi tua' selepas beberapa tahun tayangan.

"Pak Mat Western ni dah boleh buat comeback cerita-cerita best" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka dan meluahkan rasa rindu melihat mereka berdua di kaca TV.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 977K views, 28K likes dan 1.5K comments di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:

Macam-macam comeback ya Pak Mat Western ni dah buat :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: