seismik

Hijab Tak Beri Masalah & Bukan Penghalang Gadis 24 Tahun Ini Untuk ‘Travel’ Melihat Dunia

Pakai tudung pun boleh 'travel' lah.

Cover image via Instagram @malyaghazali

Backpacking travel ini telah menjadi satu trend baru dalam kalangan anak muda, namun ada ramai diantara mereka yang masih mempersoalkan bagaimana gadis berhijab boleh mengembara sebegini

Betul atau tidak? Ramai antara kita yang sering menimbulkan persepsi ini terhadap gadis yang berhijab. Walaupun bukan semua beranggapan sebegini tentang gadis berhijab tetapi mesti ada juga kumpulan kecil yang mempunyai persoalan dan tanggapan Ini.

Antara persoalan yang sering kita dengari adalah:

1. Selesakah bertudung sepanjang masa mengembara?
2. Jika memakai hijab di negara orang, tidakkah anda akan dipandang pelik oleh masyarakat luar?
3. Ramai antara gadis yang membuka hijab ketika mengembara atas dasar tidak mahu dikecam ataupun kerana tidak mempunyai keyakinan diri yang kuat. Betulkah ini sering terjadi?

Untuk menjawab soalan tersebut, marilah kita ikuti kisah dan pengalaman dari Malya Ghazali, seorang gadis manis dari Kuantan ini sebagai seorang hijabis 'traveler'

Marlia Fattin Artiqah yang dikenali sebagai Malya ini sudah mula mengembara ke luar negara sejak dari tahun 2015 lagi. Mulanya sebagai suka-suka saja tapi semakin banyak tempat beliau menjelajah, beliau merasakan bahawa travel dapat menghilangkan stress dan juga membuka pandangannya tentang hidup dengan lebih luas.

"Sebagai seorang traveler, saya tidak merasakan memakai hijab itu sebagai satu beban"

Bila ditanyakan pendapatnya tentang hijabis traveler, Malya menjelaskan bahawa gadis-gadis yang memakai hijab ketika mengembara memberi inspirasi kepada gadis lain untuk keluar daripada zon selesa mereka dan terus mengejar impian mereka.

Malya berpendapat bahawa dengan memakai hijab, ianya memberi semangat berdikari dimana hijab itu memberi cabaran kepada diri untuk explore tempat dan juga persekitaran baru .

"Bagi saya, hijab tidak memberikan sebarang masalah ketika travel. Saya rasa yang find it hard to travel with hijab tu maybe sebab baru berhijab, jadi mereka masih tak biasa. Atau mereka prejudis dengan respon dari masyarakat terhadap hijab," jelas beliau.

Malya memberitahu bahawa apabila anda sudah berhijab, anda pasti tidak akan patah balik kerana itulah pengalaman yang dialaminya. Istiqamah adalah perkara utama apabila berhijab. Bagi Malya, komitmen amat diperlukan apabila kita mahu berubah dalam segi agama. Cuma berikan sedikit masa untuk menyesuaikan diri bagi sesiapa yang baru berhijab.

Malya mengambil gambar dari dasar kolam seakan laut di Umbuk Ponggok Klaten, Yogyakarta.

Image via Instagram @malyaghazali

Apabila ditanyakan tentang penjagaan hijab ketika mengembara, Malya hanya menjawab “Jangan merumitkan sesuatu perkara yang kecil itu menjadi hal yang besar."

“Ramai orang sering bertanyakan bahawa adakah saya sering memakai satu tudung saja sepanjang perjalanan saya dan jawapannya adalah tidak. Menutup aurat adalah wajib tetapi kita juga perlu menjaga kebersihan diri. Jadi, selalunya saya akan memilih tudung berwarna hitam ataupun material yang tidak mudah renyuk,” jelas Malya lagi.

Malya juga berkongsi pengalaman beliau tentang reaksi orang luar apabila beliau merantau ke negara luar

”Alhamdulillah setakat ini semua perjalanan saya mendapat respon yang positif dari masyarakat tempatan di setiap negara saya lawati. Cuma ada kalanya mereka akan melontarkan pertanyaan kerana masih tidak biasa dengan gaya pemakaian seorang wanita muslim dan saya berbesar hati untuk menerangkan kepada mereka tentang hijab dan juga tentang agama Islam,” jelas Malya.

"Dengan berhijab, ianya bukan lah penghalang bagi saya untuk terus melakukan aktiviti lasak."

Tidak semestinya jika kita memakai hijab, setiap pergerakan atau perbuatan kita menjadi terhad. Menurut Malya, beliau berkata bahawa setakat ini, hijab tidak memberi sebarang masalah atau menjadi penghalang untuk beliau melakukan aktiviti seperti berenang ataupun mendaki gunung.

Malah hijab mempunyai fungsi istimewa yang tersendiri seperti menutup mukanya daripada debu dan juga memberi sedikit kehangatan ketika travel di musim sejuk.

Malya di Lata Tembakah, Terengganu.

Image via Instagram @malyaghazali

Malya di Puncak Gunung Fuji, Jepun.

Image via Instagram @malyaghazali

Nasihat dari Malya untuk gadis-gadis berhijab yang ingin mengembara sepertinya

"Untuk para gadis di luar sana, saya nasihatkan agar tidak menunggu sehingga mempunyai masa untuk travel kerana masa tidak akan pernah menunggu kita. Rebutlah segala peluang yang ada untuk melihat persekitaran baru. Bumi Tuhan terlalu luas dan indah untuk dibazirkan jika duduk di satu tempat sahaja. You go girl!"

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak lagi cerita tentang travel? BACA SINI:

You may be interested in: