Paksa Pulangkan Kucing Siap Ugut Nak Report Polis, Netizen Berang Baca Mesej Wanita Ini
Amboi banyak cantik, dulu awak yang buang kucing tu tau.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi pencinta kucing, sudah pasti anda pantang mendengar kisah tentang orang yang suka menyiksa atau membuang haiwan comel ini bukan?
Tambahan pula jika mereka sengaja mengambil kesempatan ke atas kucing itu untuk tujuan tertentu. Contohnya, meninggalkan kucing di tepi jalan atau pasar kerana keadaan kucing yang tidak sihat atau pun buruk.
Sama seperti sebuah posting di Facebook ini apabila kecoh mengenai seorang wanita ingin menuntut kembali kucing yang pernah dibuangnya dulu telah mengundang berang netizen.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Dulu siap tinggalkan kucing dekat pasar, tiba-tiba minta pulangkan balik sampai nak buat report polis
Menerusi posting yang dimuat naik oleh IzHaikal Mairee di dalam group Kucing Sepahkan Apa Hari Ini?, dia memberitahu bekas tuan kucingnya secara tiba-tiba muncul dan meminta supaya memulangkan semula kucing itu.
"Akhirnya Tuan sebenar Abuja dh muncul. Dia nk balik Abuja setelah sekian lama Aku rawat dia. Siap nak buat report polis guys, kejam tak kalau aku tak pulang kan balik," katanya.
Menurut conversation tersebut, bekas tuan kucing itu yang diberi nama Abuja mengaku telah membuangnya di sebuah pasar dulu kerana tidak mampu merawatnya.
Namun, apa yang membuatkan ramai naik angin adalah apabila dia sewenang-wenangnya menyuruh lelaki itu yang selama ini menjaga Abuja untuk memulangkannya kembali. Malah, dia mengugut untuk membuat report polis sekiranya lelaki berkenaan enggan bekerjasama.
Posting itu tular sehingga kini telah mencecah 1.3K likes, 2.5K shares dan 1.8K comments di Facebook
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut merasa geram dengan sikap bekas tuan kucing itu yang seolah-olah tidak berhati perut dan tidak mengizinkan lelaki itu memulangkan Abuja kepada tuan lamanya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Dulu masa kucing tu tak sihat, kenapa buang? Sekarang mentang-mentang dia dah gebu dan comel, senang-senang je nak ambil balik :/