seismik

Pandai Masak Kuetiau, Ramai Pula Tercabar Dengan Kehandalan Budak Lelaki 6 Tahun Ini

Power awak dik!

Cover image via @_NazriH (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kepakaran memasak kini banyak dimonopoli oleh kaum lelaki

Bukan nak kata wanita tidak handal, tetapi kaum lelaki juga sudah lebih mahir daripada bidang ini berbanding wanita. Tak salah pun, malah ia amat membanggakan. 

Hal ini kerana bukan semua orang pandai memasak dan mahir di dapur betul tak? 

Tetapi, lain pula dengan video ini yang memaparkan kehebatan seorang budak lelaki sedang memasak di dapur telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Budak 6 tahun tunjuk kemahiran memasak

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pengguna Twitter berkongsi aksi seorang budak lelaki berusia 6 tahun memasak.

Difahamkan, budak itu sedang memasak kuetiau untuk bapanya. Lebih menarik perhatian adalah caranya memasak yang begitu tenang dan bersahaja di dapur.

Kehandalan budak itu ternyata telah mencabar ramai orang di sana yang masih tidak tahu memasak makanan berkenaan.

"Aku 6 tahun main pondok-pondok makan lumpur lagi" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji budak itu yang begitu mahir memasak makanan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 193.7K views, 2,509 retweets dan 8,048 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Min pun rasa tercabar tengok awak dik :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: