seismik

[VIDEO] Pakai Baju Raya, Pasangan 'Wheelie Motor' Atas Jalan Raya Ini Terima Kecaman

Memang nak cabar polis ini.

Cover image via Inforoadblock (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tibanya hari raya Aidilfitri, tidak dinafikan ramai yang balik kampung untuk meraikan raya bersama keluarga

Ada sesetengah kawasan memang mengalami kesesakan lalu lintas, ada juga yang jalannya lenggang kerana ramai yang sudah balik ke kampung. Sebab itu, sesetengah penunggang motosikal berani membuat perangai atas jalan raya.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan pasangan membuat wheelie motor yang membahayakan di atas jalan raya telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba buat aksi bahaya sambil pakai baju raya

Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman menunjukkan pasangan lelaki dan perempuan sedang menunggang motosikal berhampiran Balai Polis Peringat, Kg Peringat di Kota Bharu Kelantan.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila penunggang motosikal dilihat membuat aksi bahaya iaitu wheelie motor di atas jalan raya. Tindakan itu menerima pelbagai kecaman.

"Rilek la Malaysia ni kecil tutup nombor plate tetapi dengan rambut berkarat tu nanti polis dapat jugak. Diorang pikir diorang cerdik jangan cabar ya" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 13K tontonan, 266K tanda suka dan 100 komen di Facebook, rata-rata netizen turut mengecam tindakan berbahaya itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Ini bukan setakat bahayakan diri sendiri, boleh bahayakan orang lain juga!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: