seismik

[VIDEO] Pak Cik Sarong Pegang Kayu Nak Halau Mat Rempit Masa Raya Pertama Ini Curi Tumpuan

Hm, dua-dua salah ini.

Cover image via Inforoadblock (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tibanya hari raya Aidilfitri, sudah tentu ramai yang tak sabar nak beraya ke rumah saudara atau kawan bukan?

Akibat kesesakan lalu lintas, ramai yang mengambil inisiatif untuk menunggang motosikal untuk beraya di kawasan kampung. Namun, golongan anak muda zaman sekarang gemar merempit apabila menunggang motosikal.

Baru-baru ini, tular sebuah kejadian yang tak dijangka di Kemaman, Terengganu yang melibatkan seorang pak cik dan golongan Mat Rempit telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Pak cik berkain sarong dilihat memegang kayu untuk menghalau Mat Rempit di sebelah jalan raya

Menerusi video berkenaan, kelihatan golongan Mat Rempit sedang menunggang motosikal secara berbahaya di atas jalan raya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila muncul seorang pak cik bersarong itu dilihat memegang dua objek yang seperti kayu seolah-olah tanda marah dan tidak puas hati kepada mereka.

Kes ini telah disiasat oleh polis di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri dan melaporkan kepada pihak polis sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini supaya tindakan dapat diambil segera,” kata Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan.

"Geng motor yang buat bising, tapi pak cik pula yang kena tangkap" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3K tontonan, 1K tanda suka dan 500 komen di Facebook, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Apa-apa pun kita beri laluan untuk pihak berkuasa siasat ya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: