seismik

"Pegang Ranting" - Frontliner Tiru Video Trending Terbang Tepi Tingkap Buat Ramai Terhibur

Ambil mood katanya.

Cover image via @nazimjurufoto (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Aplikasi TikTok merupakan medium untuk pengguna serlahkan bakat dan kreativiti mereka

Baru-baru ini, tular sebuah challenge trending di TikTok yang memaparkan belakang tabir penghasilan sebuah video terbang itu mencuri tumpuan ramai. Sehinggakan ramai yang ingin menghasilkan video berkenaan.

Sama seperti sekumpulan frontliner yang cuba merakam video terbang sehinggakan video berkenaan viral dan menarik perhatian. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@nazimjurufoto

Bila selesai satu tugasan. Ambik mood katanya.ni ke yg trending tu kan. #frontliner #tiktokmalaysia #fyp #esekeli #fyp

Reckless - Madison Beer

Siap pegang ranting dan pusing-pusingkan tepi van

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan frontliner sedang merakam sebuah challenge video terbang yang kini trending di TikTok.

Apa yang melucukan adalah apabila seorang frontliner bertindak sebagai pemandu van. Selain itu, seorang daripada rakannya berlakon terbang dan memberikan hand sanitizer kepadanya.

Lebih menarik perhatian lagi, seorang frontliner gigih mengambil ranting pohon dan pusingkannya supaya kelihatan van itu bergerak apabila dirakam. 

"Orang yang pegang ranting tu betul-betul buat kerja dengan penuh dedikasi, siap pasak kuda" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video berkenaan. Malah, ramai yang memuji kreativiti mereka merakam video itu. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 189K tontonan, 23K tanda suka dan 2K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sporting gila, berlakon siap berbaju PPE. Semoga dipermudahkan segala urusan frontliner! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: