seismik

“Pekat Betul” - Si Cilik Pandai Cakap Loghat Kedah Ini Jadi Perhatian Ramai

Bukan main lagi adik ni ya.

Cover image via @atiqatyza (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum tahu, rakyat Malaysia mempunyai beberapa jenis loghat ataupun dialek yang selalu digunakan

Tambahan lagi, bagi mereka yang berada di negeri-negeri belah utara seperti Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Tular satu video baru-baru ini berkenaan seorang budak perempuan yang mahir bercakap menggunakan loghat Kedah telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@atiqatyza

cakap kemaih anak menakan kami #kedah #penang #fyp

bunyi asal - -

Kecil lagi tapi dah pandai cakap guna loghat Kedah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @atiqatyza di TikTok, kelihatan rakaman menunjukkan seorang budak perempuan.

Apa yang mengejutkan netizen adalah apabila budak perempuan itu petah bercakap menggunakan loghat Kedah sambil disaksikan oleh ahli keluarga.

“Ni mesti selalu dok dengan tok dia. Budak kecik kalau selalu dok dengan tok mesti ikut cara orang tua-tua” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 356.2K tontonan, 30.7K tanda suka dan 407 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terpegun mendengar kefasihan budak perempuan itu bercakap menggunakan loghat Kedah.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Amboi, pekat betul loghat Kedah dia ya. Comel je! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: