seismik

“Comel” - Kereta Perodua Kancil Versi Minion Ini Tarik Perhatian Warganet

Alahai, comel je kereta dia.

Cover image via @illegaliff (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini, filem Minions: The Rise of Gru telah ditayangkan di pawagam

Tidak dinafikan bahawa filem ini mempunyai peminat yang sangat ramai. Iyalah, siapa saja yang tidak geram dengan kecomelan Minion yang kecil dan kuning itu kan?

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok berkenaan sebuah kereta Perodua Kancil versi Minion telah menarik perhatian warganet.

Lihat video penuh itu di bawah:

Minat sangat Minion sampai kereta pun versi Minion

Menerusi video yang dimuat naik oleh @illegaliff di TikTok, kelihatan rakaman menunjukkan sebuah kereta Perodua Kancil versi Minion di jalan raya.

Apa yang menarik perhatian warganet adalah kecomelan kereta kecil itu yang berwarna kuning dan biru. Kereta itu menyerupai siri kartun Minion.

“Saya jumpa kereta ni kat kuantan dua minggu lepas hahaha comel benor” - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 10.6M views, 2.5M likes dan 54.2K comments di TikTok, rata-rata warganet menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Comel sangat kereta dia! Nak tengok bahagian dalam pula please :)

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: