seismik

“Panik” - Sekumpulan Wanita Berdepan Detik Seram Apabila Lif Terbuka Di Tingkat Yang Salah

Boleh bayangkan perasaan mereka macam mana.

Cover image via @satuuuu111 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Menaiki lif boleh menjadi satu pengalaman yang seram bagi sesetengah orang

Hal ini kerana, lif selalu dijadikan tempat yang menyeramkan dalam kebanyakan filem seram. Bukan itu sahaja, keadaan lif yang kecil dan tertutup juga boleh membuatkan ramai orang tidak selesa berada di dalamnya.

Begitu juga dengan satu video yang tular di TikTok baru-baru ini, berkenaan sekumpulan wanita berdepan detik seram apabila lif yang dinaiki berhenti dan terbuka di tingkat yang salah telah mendapat perhatian.

Lihat video penuh itu di bawah:

Semua panik bila pintu lif tiba-tiba terbuka di tingkat yang gelap dan menyeramkan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @satuuuu111 di TikTok, kelihatan sekumpulan wanita sedang menaiki lif di sebuah tempat yang tidak dikenal pasti.

Apa yang mengejutkan netizen adalah apabila lif tersebut berhenti dan pintunya terbuka di tingkat yang gelap. Secara automatik, mereka yang berada di dalam lif pun berasa seram dan cepat-cepat menekan butang tutup lif.

“Kalau tiba-tiba ada orang tahan pula lif nya, Ya Allah itulah yang aku selalu bayangkan bila jadi macam ni” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 3.1M views, 275.8K likes dan 2,328 comments di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib baik lah bertiga, kalau seorang je dalam lif tu... Takut :')

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: