seismik

“Macam Orang Melayu” - Lelaki India Fasih Cakap Bahasa Melayu Ini Buat Warganet Kagum

Lancar je dia bercakap.

Cover image via @muniswaranharirama (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum tahu, Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara Malaysia

Oleh itu, semua rakyat Malaysia mempelajari bahasa tersebut sejak kecil lagi. Namun, untuk mereka yang berbangsa India, Cina dan lain-lain, sudah tentu mereka mempunyai slang yang tersendiri.

Namun, lain pula yang terjadi dalam satu video yang tular di TikTok baru-baru ini, berkenaan seorang lelaki berbangsa India yang sangat fasih berbahasa Melayu telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Pengarah minta berlakon dengan slang India, tapi dia tak pandai pula

Menerusi video yang dimuat naik oleh @muniswaranharirama di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang membaca skrip di dalam sebuah bilik.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila lelaki berbangsa India itu sangat fasih bercakap dalam Bahasa Melayu. Dia juga ditemani anak saudaranya yang turut fasih berbahasa Melayu.

Difahamkan, dia diminta untuk bercakap dalam Bahasa Melayu dengan slang India oleh seorang pengarah, namun dia tidak boleh melakukannya.

“Terlalu fasih sampai susah nak buat bunyi macam India” - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 1.2M views, 107.2K likes dan 4,234 comments di TikTok, rata-rata warganet menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut. Malah, ramai juga yang kagum mendengar kefasihan lelaki itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Wah, memang fasih betul dia bercakap dalam Bahasa Melayu! :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: