seismik

Bagi Ikan Makan Siap Berbaju Melayu Dan Sampin. Comel Betul Pekerja Aquaria Musim Raya Ni!

Meriah juga hari Raya di Aquaria KLCC.

Cover image via Twitter @/peachesandfeels

Sambutan Raya kan sebulan

Bulan Syawal dianggap bulan untuk meraikan kemenangan dan kejayaan kerana berjaya menyempurnakan ibadah puasa pada bulan Ramadan yang lalu.

Image via The Rakyat Post

Walaupun sambutan Hari Raya Aidilfitri hanya jatuh pada 2 hari khusus namun kemeriahannya masih terasa. Masakan tidak, saban hujung minggu pasti ada undangan rumah terbuka dan sesi kunjung-mengunjungi rumah ahli keluarga dan sahabat handai masih berterusan dan kanak-kanak pula ligat mengumpul duit raya.

Bahkan, sepanjang bulan Syawal ini ramai yang masih mengekalkan ‘mood’ hari Raya dengan tampil memakai baju tradisional hari Raya.

Siapa sangka, pekerja-pekerja Aquaria juga tidak ketinggalan dalam meraikan bulan kemenangan ini

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, Farah Aiman, telah berkongsikan beberapa keping gambar memaparkan dua orang penyelam skuba profesional sedang memberi makan kepada hidupan akuatik sambil berbaju Melayu.

Bukan sekadar berbaju Melayu, bahkan dua penyelam itu masing-masing turut lengkap bersampin sambil memakai tangki skuba.

Tweet tersebut telah mendapat perhatian warga netizen dan sehingga kini telah mendapat lebih 4 ribu retweets dan lebih 5 ribu likes!

Antara komen-komen netizen:

Buat mereka yang ingin melihat sendiri penyelam skuba ini berbaju Melayu boleh datang sendiri ke Aquaria KLCC!

Image via Aquaria KLCC

Sebenarnya, mengenakan pakaian tradisional semasa musim perayaan sudah menjadi kebiasaan buat pihak pengurusan Aquaria KLCC. 

Bahkan, pada sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Natal pun ada!

Image via Aquaria KLCC
Image via Aquaria KLCC

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel terkini di SAYS Seismik:

You may be interested in: