Pelajar Korea Selatan Dilarang Dengar Lagu 'APT' Sebab Kononnya Mudah Buat Hilang Fokus
Sampai macam itu sekali ya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lagu nyanyian Rose BLACKPINK dan Bruno Mars iaitu 'APT' sememangnya sedang menjadi fenomena sehingga kini
Bukan saja rentaknya yang rancak, malah lirik lagu tersebut juga mudah dinyanyikan dan disebut. Jadi, tidak hairanlah mengapa ia menjadi halwa telinga seluruh dunia.
Malah, video klip lagu tersebut telah ditonton lebih 187 juta kali di YouTube dalam tempoh satu minggu ia dipasarkan.
Namun begitu, tercetus beberapa spekulasi mengenai lagu tersebut antaranya ada yang berpendapat lirik dan pengaruh yang cuba disampaikan disifatkan memberi kesan negatif kepada pendengar terutama dalam kalangan pelajar.
Terkini, APT yang merupakan singkatan daripada perkataan Apartment dilaporkan masuk dalam daftar lagu yang dilarang dengar oleh pelajar di Korea Selatan
Menurut laporan media Koreaboo, hal ini kerana APT disifatkan sebagai lagu yang terlalu menarik untuk didengar sekali gus dapat menganggu fokus pelajar.
Melodi dan konsep lagu APT yang ceria sehingga menjadi tular didakwa membuat para pelajar kehilangan fokus saat mendengarnya.
"APT telah dicap sebagai salah satu lagu yang sukar dilupakan. Para pelajar dan penggemar tidak boleh mengelak mendengar lagu tersebut kerana berasa ia mempunyai tarikan yang sangat melampau sehingga seperti ketagih," katanya.
Selain APT, terdapat beberapa lagu lain yang juga dilarang dengar oleh pelajar terutama maha siswa termasuk Next Level milik Aespa, Zimzalabim milik Red Velvet, dan Ring Ding Dong milik SHINee.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!