seismik

Peluang Menangi Sebahagian Daripada RM10,000 Di Misteri Lagu "Di" Hot FM, Jom Sertai!

Mungkin anda pemenang bertuah yang dicari.

Cover image via @hotfm.audio & @siraplimau

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berita baik buat para peminat stesen radio Hot FM!

Kini, para pendengar stesen radio terhangat di Malaysia iaitu Hot FM, berpeluang untuk memenangi sebahagian daripada RM10,000. Menerusi kempen terbarunya iaitu Misteri Lagu “Di” Hot FM, yang akan sentiasa menghangatkan hari peminat stesen radio itu.

Hanya jadi menjadi pemanggil terpantas, teka tajuk lagu serta penyanyi menerusi petikan lagu yang ada perkataan “Di” dan anda berpeluang menangi wang hangat bersama dari pagi hingga malam.

Mudah bukan? Pejam mata pun boleh teka!

Image via @hotfm.audio

Kempen Misteri Lagu "Di" Hot FM, jangan lepaskan peluang anda!

Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM & Molek FM, Nik Nor Azura, berkata, sambutan untuk Misteri Lagu ‘Di” Hot FM mendapat sambutan yang amat menggalakkan sejak ia dilancarkan bermula 12 September lalu.

“Kita dapat lihat penyertaan yang memberangsangkan kerana pendengar-pendengar teruja dan geram untuk merungkai misteri lagu Di ini. Mereka turut mengumpul clue harian bagi mendapatkan jawapan yang betul dan seterusnya memenangi wang terkumpul yang semakin meningkat setiap hari,” ujarnya.

Selain itu, Azura turut berkata, Hot FM akan terus menyajikan isi kandungan serta kempen yang interaktif buat pendengar yang turut penyokong setia stesen radio ini.

“Kami akan terus memberikan wang tunai untuk kempen yang akan datang serta acara sukan/fizikal yang akan melibatkan pendengar, penyampai juga selebriti. Kami juga akan terus berkolaborasi bersama organizer untuk konsert-konsert yang bakal diadakan di Tanah Air,” katanya lagi.

Piknik Hot mendapat sambutan hangat, kolaborasi bersama syarikat Gardenia.

Sebelum ini, Hot FM telah menganjurkan kempen Piknik Hot di beberapa lokasi dalam negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Pasir Gudang (Johor), Padang Kota Lama (Pulau Pinang), Taman Metropolitan (Kuala Lumpur) dan yang terakhir di Dataran Teluk Cempedak (Kuantan).

Ianya telah berlangsung pada 20 Ogos 2022 sehingga 10 September 2022 telah mendapat sambutan yang hangat dari pendengar Hot FM.

“Kempen ini dianjurkan dengan hasil kolaborasi bersama syarikat Gardenia dengan membawakan konsep piknik. Konsep yang lebih santai dan diadakan di ruang terbuka seperti taman ini diketengahkan untuk memberi peluang kepada pendengar rasa lebih dekat dengan Hot FM serta artis jemputan.

“Kempen ini juga menawarkan wang tunai sebanyak RM1,000 buat pendengar bertuah Hot FM yang hadir dengan membeli produk Gardenia minimum RM10 dan seterusnya layak untuk menyertai cabutan bertuah yang berlangsung di segmen Bekpes Hot pada hari Isnin berikutnya,” ujarnya.

Kempen ini turut dihadiri penyampai radio Hot FM seperti Johan, Fara Fauzana, AG, Ayu, Fizi Ali, Fad & Imran Aqil. Acara ini juga turut dimeriahkan oleh artis jemputan tanah air seperti Kaka Azraff, Aman Aziz, Neeta Manisha, Nikki Palikat, Ronnie Hussein, Nuha Bahrin, Naufal Azrin dan ramai lagi.

Image via Harian Metro

Kempen Misteri Lagu "Di" Hot FM akan berakhir pada 30 September 2022

Kempen ini telah pun bermula pada 12 September 2022 dan akan berakhir pada 30 September 2022. Dapatkan info lanjut mengenai kempen Misteri Lagu ‘Di” Hot FM di www.hotfm.audio.

Para pendengar boleh mendengarkan Hot FM secara siaran langsung di www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV. Bagi perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 serta Twitter @hotfm976 dan Whatsapp di 017-302 8822.

Dengarkan juga Hot FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: