Peluang Naik LRT3 Secara Percuma Kini Dilanjutkan Lagi Sehingga 14 Ogos Ini!
Perkhidmatan bas perantara Laluan Shah Alam dan kemudahan Park N' Ride juga disediakan secara percuma.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pengguna boleh terus menikmati perkhidmatan percuma LRT3, juga dikenali sebagai Laluan Shah Alam, sehingga 14 Ogos ini
Dalam satu kenyataan hari ini, 31 Julai, Rapid KL memaklumkan lanjutan itu bertujuan membolehkan lebih ramai pengguna merasai dan membiasakan diri dengan perkhidmatan rel baharu yang menghubungkan Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.
Promosi perjalanan percuma ini pada mulanya diperkenalkan apabila laluan itu dibuka secara rasmi pada 29 Jun dan pada asalnya dijadualkan berakhir hari ini.

Selain daripada perjalanan percuma, penumpang juga boleh terus menggunakan perkhidmatan bas perantara Laluan Shah Alam dan kemudahan Park N' Ride tanpa sebarang kos sepanjang tempoh ini
Rapid KL berkata inisiatif ini turut membawa tujuan menggalakkan rakyat Malaysia memilih pengangkutan awam sebagai mod perjalanan harian utama mereka.
"Lanjutan tempoh perkhidmatan percuma ini diharap dapat memberi manfaat kepada lebih ramai pengguna, mengurangkan kos perjalanan harian, di samping meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap kecekapan dan keselesaan sistem pengangkutan awam negara," katanya.
Rapid KL menasihatkan penumpang untuk merancang perjalanan mereka terlebih dahulu dan mematuhi semua peraturan dan garis panduan bagi memastikan perjalanan yang selamat dan lancar.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via