seismik

"Pembawa Rezeki" - Pasangan Ini Belikan Rantai Emas Untuk Kucing Tersayang Harga RM25,980

Untung kucing dia!

Cover image via @halizamaysuri (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi pencinta kucing, mereka tidak kisah berhabis ribuan ringgit demi haiwan kesayangan itu

Kadangkala, harga barangan kucing lebih mahal berbanding milik si tuan. Tetapi, apa boleh buat kalau dah sayang kan? Semua sanggup beli untuk si bulus.

Sama juga seperti sebuah video viral ini apabila sepasang suami isteri membelikan rantai emas buat kucing peliharaan mereka sehingga mencecah RM25,000 telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@halizamaysuri

Hadiah hari jadi Money yang 4 tahun.

suara asli - S.dmplii03

Siap akad jual beli, kucing dapat hadiah special sempena hari jadi ke empat tahun

Menerusi video yang dimuat naik oleh @halizamaysuri, kelihatan wanita itu dan suaminya membawa kucing mereka yang diberi nama Money ke sebuah kedai emas.

Apa yang berjaya menarik perhatian ramai adalah, rupa-rupanya dia bukan ingin membeli barang kemas untuk dirinya. Tetapi, dia telah menempah rantai emas special berharga RM25,980 sebagai hadiah hari jadi buat Money.

Malah, rakaman itu turut memaparkan wanita itu menjalankan akad jual beli bersama salah seorang pekerja di kedai emas tersebut.

Lihat video sambungan penuh itu di bawah:

@halizamaysuri

Bukan satu pembaziran tapi satu pelaburan yang bijak

bunyi asal - Haliza Maysuri

"Untung kau cing, baik jadi kucing la gini. Makan minum orang bagi, emas pun dapat. Tak payah kerja dah" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 448.9K views, 31.2K likes dan 1.1K shares di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut menumpang gembira buat Money kerana mendapat tuan yang sangat menyayanginya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kucing comel gebu, behave pula tu. Siapa je tak sayang kan? Happy birthday Money! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: