"Ayaq Mellow" - Gelagat Budak Lelaki Order KFC Dalam Loghat Utara Ini Buat Ramai Terhibur
Pekatnya loghat kau dik!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Budak-budak kecil yang petah bercakap sememangnya boleh menghiburkan hati kita
Apatah lagi jika mereka pandai bercakap mengikut loghat negeri lain seperti utara dan pantai timur. Comel bukan?
Sama seperti sebuah video ini yang memaparkan gelagat seorang budak lelaki memesan KFC telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bukan main order KFC dalam loghat utara
Menerusi video yang dimuat naik oleh @mipanzeze, kelihatan anaknya sedang memesan KFC melalui panggilan telefon dengan ayahnya.
Apa yang menghiburkan adalah dia memesan makanan dalam loghat utara dan siap melenggokkan suaranya. Dia juga dilihat tergesa-gesa kemudian terus meletakkan telefon selepas berkata “bye” membuatkan ibunya tergelak.
"Nampaklah dia punya nak cepat haha, comelnya" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 3.8M views, 294.1K likes dan 35K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat telatah budak lelaki itu yang fasih berloghat utara.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: