seismik

Pengasas & Pereka Fesyen Jepun Kenzo Takada Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Kenzo Takada telah meninggal dunia pada Ahad, 4 Oktober 2020.

Cover image via Google

Kenzo dipercayai meninggal dunia di sebuah hospital di Perancis pada usia 81 tahun setelah dijangkiti Covid-19

Image via NST

Menurut laporan, Kenzo Takada diberi penghargaan sebagai pereka fesyen Jepun yang pertama datang ke Paris dan terkenal dengan hasil cetakan floral darinya.

Kematiannya adalah selepas 50 tahun beliau melancarkan koleksi fesyen pertama di Paris.

Beliau pernah berkata, "Every wall, every sky and every passer-by helps me build my collections."

Image via NST

Beliau juga pernah mengeluarkan minyak wangi berjenama Flower by Kenzo suatu ketika dahulu

Image via Google

Koleksi fesyen lelaki pertamanya telah dikeluarkan pada tahun 1983 dan minyak wanginya terkenal sejak tahun 1988.

Butiknya dibuka seluruh dunia termasuklah di New York, London, Milan, Tokyo dan Rome. Selain itu, cawangan lain terdapat juga di Hong Kong, Munich, Venice, Bangkok dan Singapura.

Kematiannya pasti meninggalkan kesan yang amat besar kepada industri fesyen di pelusuk dunia.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel berkaitan hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: