"Wanita Nampak Aurat Layak Dicabul" - Ideologi Merapu, Ustaz Ini Wajar Diambil Tindakan!
Selain itu, ustaz tersebut turut menyamakan wanita dengan buah durian.
Terdapat pelbagai cara untuk menyampaikan dakwah ataupun ceramah agama
Pada masa kini, kita boleh mendengar ceramah agama dalam pelbagai cara. Mengikut peredaran masa, pendakwah kini lebih menggunakan media sosial seperti laman Twitter, Facebook, Instagram dan YouTube dalam menyampaikan dakwah mereka.
Kalau nak 'old-school', ceramah agama juga boleh didengari di masjid-masjid berhampiran dengan kediaman masing-masing.
Ada ustaz mahupun ustazah yang menggunakan pendekatan membuat lawak jenaka agar mendapat perhatian para penonton supaya tidak mengantuk. Ada juga ahli agamawan yang lebih tegas dalam menyampaikan dakwah mereka.
Tapi bagaimana kalau penceramah itu menyampaikan ceramahnya secara tidak berhemah, menyebarkan kebencian dan membuat dakwaan yang tidak berasas?
Baru-baru ini seorang pemuda lelaki telah berkongsikan pengalamannya mendengar ceramah kursus kahwin di laman Facebook miliknya.
Dalam perkongsiannya itu, dia menceritakan rasa terkejutnya apabila salah satu ustaz yang menyampaikan ceramah disitu dengan selamba menyatakan bahawa wanita yang tidak menutup aurat layak dicabul dan dizina.
Bukan itu sahaja, menurut pemuda bernama Ashraff Nazrin itu turut menceritakan cara ustaz tersebut menyampaikan ceramahnya dengan nada terpekik-pekik di samping menyebarkan idealogi yang tidak berasas seperti menyamakan wanita dengan buah durian yang dijual di tepi jalan.
Ekoran tidak tahan dengan ustaz dan ceramah itu, Ashraff memilih untuk meninggalkan dewan tersebut selepas sempat merakam beberapa petikan daripada ceramah itu.
Baca perkongsian penuh di bawah:
"Rumah tangga yang rosak terjadi adalah disebabkan suami isteri tidak sembahyang"
Ustaz itu kemudian menyamakan pula wanita dengan buah durian yang dijual di tepi jalan
Ramai netizen tidak berpuas hati dengan dakyah yang disampaikan ustaz itu.
Antara komen netizen:
Ingat ya, Nabi Muhammad SAW bahkan ajaran Islam itu sendiri tidak mengajar kita untuk berdakwah secara kasar, dan merendahkan orang lain
Dalam menyampai dakwah atau sesuatu ajaran Islam, seseorang itu tidak seharusnya menengking, menjerit-jerit, memperli hingga tercabar maruah pendengar atau penonton bahkan dakwah perlu disertai akhlak dan kelembutan.
Inilah yang ditegaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah (lemah lembut) dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. (an-Nahl: 125)
Selain itu Rasulullah SAW juga pernah bersabda, "Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong."
Ini bererti agama Islam melarang kita untuk memandang rendah kepada orang lain tidak kira setinggi mana pun harta, pangkat, rupa, mahupun ilmu yang kita ada kerana semua itu adalah pinjaman daripada ALLAH SWT.