seismik

11 Perkara Yang Ayah Lebih Pandai 'Handle' Dengan Anak-Anak Berbanding Ibu

Tanpa kita sedar, sebenarnya ayah kita lebih handal dalam beberapa perkara.

Cover image via orderhappiness.com

1. Main atau gurau kasar

Image via gfycat.com

Gusti, lawan-lawan, dan lain-lain. Kanak-kanak memang suka main kasar, tapi kebanyakan ibu tak sanggup nak melayan karenah anak nak bergusti. Maka si ayah lah yang dijadikan sasaran.

2. Jatuh, luka, lebam, dan calar

Image via gfycat.com

Ibu selalunya akan lebih kelam kabut bila anak-anak ada luka atau calar di badan, tapi ayah lebih relaks. Luka itulah yang mengajar si anak untuk jadi lebih kuat.

3. Main sembunyi-sembunyi (hide and seek)

Siapa lagi yang lebih hebat cari tempat sembunyi kalau bukan ayah? Serius. Ayah akan sembunyi di tempat-tempat yang paling unexpected. Jenuh si anak nak mencari.

4. Tunggang bahu

Image via gfycat.com

Jarang kita lihat si anak tunggang bahu si ibu. Bahu si ayah lebih selesa mungkin. Ayah juga lebih kuat dan gagah jadi tiada masalah untuk carry anak di bahu.

5. Buat istana pasir tepi pantai

Istana yang ayah buat mesti lagi cantik daripada yang kita buat. Padahal ayah buat pakai tangan, kita buat siap pakai penyodok pasir, bekas kecil, dan macam-macam lagi peralatan. Hebat betul ayah.

6. Mengembara

Si ayah memang cukup cekap dalam hal ini. Bagi kanak-kanak, naik basikal pusing taman pun dah dianggap seperti satu pengembaraan. Jadi, dengan siapa lagi mereka mahu jadikan pengembaraan mereka lebih bermakna kalau bukan dengan si ayah?

7. Bersukan dan bersenam

Image via gfycat.com

Seiring dengan mengembara, si ayah juga lebih pandai handle si anak dalam bersukan. Ayah akan belikan kasut baru, jersi, dan bawa si anak ke padang, semata-mata untuk galakkan mereka melakukan aktiviti sihat.

8. Berenang dan bermain dalam kolam

Tunjuk saja kolam, laut, sungai atau taman tema air, jarang sekali kita lihat si ibu yang melayan karenah anak-anak dalam air. Selalunya si ayah adalah perenang yang lebih hebat. Mereka juga tidak akan putus asa mengajar anak terapung sampai berjaya.

9. Camping

Senang cakap, apa-apa tentang camping memang kena bagi pada ayah. Lebih hebat kalau si ayah bawa anak-anak pergi berkhemah sendiri tanpa ibu. Percayalah, si ayah memang mampu.

10. Serangga, binatang terbang, dan segala haiwan kecil yang menakutkan

Kalau anak-anak takut atau geli pada lipas, pergi saja pada ayah. Si ayah kadang-kadang akan ambil lipas itu dengan tangannya sendiri tanpa rasa gentar. Kalau si ibu mungkin akan menjerit sama-sama dengan si anak.

11. Memasak

Urusan dapur dan memasak tak semestinya si ibu sahaja yang pandai. Kebanyakan ayah di luar sana sebenarnya lebih pakar dalam bidang masak-memasak berbanding si ibu. Betul tak?

Ayah sememangnya layak digelar sebagai adiwira atau hero kepada setiap anak. Saksikan lagi kandungan video menarik untuk kita lebih menghargai pengorbanan bapa.

Image via youtube.com