8 Perkara Ini Berlaku Di Laman Sosial Hanya Di Bulan Ramadan
Bulan-bulan lain, jarang kita akan berjumpa perkara seperti ini. Apa dia agaknya?
Jika kamu seorang pengguna laman sosial tegar, pasti kamu perasan yang lapan perkara ini berlaku di laman sosial hanya semasa bulan Ramadan, tetapi jarang berlaku pada bulan-bulan lain:
1. Ramai yang menggunakan bahasa Arab ketika mengemaskini status laman sosial
Sebelum Ramadhan, kita sebut berbuka puasa. Bila Ramadhan, kita sebut iftor. Sebelum ini, kita sebut sahur. Bila bulan puasa, kita sebut suhoor. Amboi, kun anta sangat masing-masing!
3. Tidak kurang juga yang berkongsi rupa ketika bertelekung, atau ketika berkain pelikat
4. Ada yang merasakan masyarakat perlu diberitahu tentang pilihan juadah berbuka mereka
Semakin meriah juadah berbuka puasa, semakin cepatlah jangkamasa gambar makanan tersebut dimuat naik di laman sosial
5. Dan ada yang sukarela membuat lintas lansung percuma tentang keadaan di bazaar Ramadan
6. Muncul juga mereka yang cuba membuat kelakar dengan memuat naik gambar makanan di tengahari buta
8. Akhir sekali, ada yang mempunyai ketabahan untuk turut berpuasa dari laman sosial
Ini mereka yang benar-benar ingin fokus pada Ramadan, jadi untuk mengelakkan mereka membuat dosa free di laman sosial, mereka mengambil keputusan untuk deactivate akaun buat sementara waktu.