seismik

Permohonan 'Pengawas Peperiksaan SPM' Kini Dibuka Kepada Orang Awam Hingga 31 Oktober Ini

Permohonan kini telah dibuka dari 12 September hingga 31 Oktober ini.

Cover image via Bernama & Sinar Harian

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) buat pertama kalinya membuka permohonan bagi pelantikan pengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 kepada orang awam

Menurut hantaran KPM di Facebook rasminya baru-baru ini, permohonan dibuka dari 12 September hingga 31 Oktober ini dan orang ramai boleh mengemukakan borang permohonan kepada Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) melalui pautan https://bit.ly/44KmnxL.

"Pemohon yang berjaya dan disenarai pendek sebagai calon sukarelawan akan dipanggil untuk sesi temu duga di Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan," menurut hantaran itu.

Jelas KPM lagi, inisiatif berkenaan merupakan satu daripada tujuh langkah kementerian tersebut dalam mengatasi beban tugas guru yang diumumkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pada 17 Februari lepas.

Antara syarat yang ditetapkan adalah warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 65 tahun sahaja boleh memohon

Antara syarat-syarat lain adalah mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; bebas daripada sebarang rekod jenayah dan tindakan mahkamah, di samping mempunyai pengangkutan sendiri.

Menurut hantaran itu lagi, lima kategori pemohon ditetapkan KPM iaitu Kategori 1 yang terdiri daripada pesara kerajaan di bawah skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan; Kategori 2 (pelajar institut pengajian tinggi awam, institut pengajian tinggi swasta, Institut Pendidikan Guru, lepasan asasi atau matrikulasi).

Kategori 3 ialah guru Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri, sekolah swasta, Maktab Rendah Sains Mara; Kategori 4 (anggota kumpulan pelaksana atau pekerja kontrak kerajaan) dan Kategori 5 (kakitangan bukan kerajaan atau pesara kerajaan dan swasta).

KPM turut memaklumkan, orang ramai boleh menghubungi JPN masing-masing atau e-mel kepada Lembaga Peperiksaan di [email protected] untuk pertanyaan lanjut.

Gambar sekadar hiasan

Image via Bernama

Bagi yang berminat untuk menjadi sukarelawan pengawas peperiksaan SPM ini, anda boleh sahaja klik di sini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: