seismik

PLKN 3.0 Bermula Lebih Awal, Peringkat Pertama Januari 2025 Bertempat Di 13 Kem Tentera

Pelaksanaan PLKN 3.0 akan membabitkan peserta berusia antara 16 hingga 35 tahun.

Cover image via NSTP & Bernama via Sinar Daily

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berita baik buat bakal peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari depan!

Menurut laporan Berita Harian, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, berkata bagi fasa pertama, kerajaan menetapkan pembabitan peserta dalam skala kecil sebelum diperluaskan ke fasa seterusnya pada Jun tahun depan.

Tambah beliau lagi, pelaksanaan PLKN 3.0 akan membabitkan peserta berusia antara 16 hingga 35 tahun dengan ketetapan beberapa modul pembelajaran.

"Untuk PLKN 3.0 ini kerajaan memperuntukkan sejumlah RM50 juta untuk memulakan pelaksanaannya, justeru kita akan mulakan program ini dengan pengambilan pertama pada awal tahun iaitu Januari depan.

"Bagi pengambilan pertama ini, peserta akan ditempatkan di dua kem untuk kita 'pilotkan' projek PLKN 3.0 ini yang akan membabitkan kira-kira 500 peserta sebelum dilaksanakan secara menyeluruh dengan bilangan lebih besar pada Jun tahun depan," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo!

Sebanyak 13 kem tentera dikenal pasti sebagai lokasi pelaksanaan PLKN 3.0 antaranya di Kuala Lumpur dan Pahang yang akan digunakan bagi menempatkan peserta terpilih

"Kita akan menggunakan kem sedia ada dan sekarang ini dalam proses untuk baik pulih, namun bagi pengambilan sesi pertama, kita hanya akan menggunakan dua kem.

"Namun menjelang 2026, semua 13 kem ini kita akan gunakan bagi menempatkan peserta selepas pelaksanaan sepenuhnya dijalankan," katanya.

Untuk rekod, pelaksanaan PLKN 3.0 akan menggunakan konsep dan format baharu. Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah menyediakan dan merangka modul latihan secara berfasa.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Majoriti

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: