Bayi Lahir 26 Jun Di Pahang Raih Nombor MyKid ‘Rare’ – “Senang Nak Ingat!”

Cantik betul tarikh hari ini!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo! & BERNAMA

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kelahiran bayi di Pahang pada hari ini (26 Jun 2026) bukan sahaja menjadi detik paling bermakna buat ibu bapa, malah turut mencuri perhatian ramai kerana bakal menerima nombor kad pengenalan (MyKid) yang unik dan mudah diingati

Menerusi perkongsian oleh akaun Threads @jpnppofficial, bayi yang dilahirkan di Pahang pada tarikh 26 Jun 2026 akan menerima nombor MyKid bermula dengan susunan 26062606xxxx, sekali gus menjadikannya antara kombinasi nombor yang dianggap 'cantik' oleh orang ramai.

Menurut hantaran tersebut, susunan nombor itu sememangnya mudah dihafal kerana menggabungkan tarikh lahir dan kod negeri dalam satu kombinasi yang tersusun.

"Senangnya nak ingat nombor ic anak ampa," tulisnya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo!

Perkongsian berkenaan pantas menjadi perhatian netizen yang rata-ratanya menganggap bayi yang lahir pada tarikh tersebut cukup bertuah

Ada yang turut mengaitkan tarikh 26 Jun 2026 dengan 10 Muharam, iaitu Hari Asyura dalam kalendar Islam.

Seorang pengguna di media sosial menyifatkan bayi yang dilahirkan pada hari ini mempunyai keistimewaan berganda.

"Untung bayi yang lahir hari ini, nombor cantik dan nak ingat pun senang. Ditambah pula hari ini 10 Muharam, Hari Asyura lagi. Bertuah adik," katanya.

Walaupun sekadar kebetulan berdasarkan sistem penomboran kad pengenalan, kombinasi 26062606xxxx nyata menjadi bualan hangat dan dianggap sebagai satu memori istimewa buat bayi yang dilahirkan di Pahang pada hari ini.

Antara komen menarik warganet di Threads:

SAYS.com
Image via @jpnppofficial
SAYS.com
Image via @jpnppofficial

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via