Pasukan Khas TUDM Terjun Dari Pesawat Buat Netizen Kecut Perut – “Belum Terbang Aku Dah Meninggal”

Kita yang cuak tengok!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Threads

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sekumpulan pasukan khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat persembahan terjunan dari pesawat telah mencuri tumpuan ramai

Menerusi video yang dikongsi di laman Threads, seramai 15 orang anggota TUDM terjun dari atas langit dengan bermacam-macam gaya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila warganet yang cuak melihat video tersebut.

Susulan tularnya video itu yang kini mencecah 22.6K likes dan 1.4K repost di Threads, rata-rata warganet turut memberikan respon masing-masing

Selain daripada meluahkan rasa kagum, ada juga yang kecut perut melihat cara mereka terjun seolah-olah tidak takut langsung dengan ketinggian.

"Benda ni aku cuma lalui dalam tidur. Dia punya rasa tak jejak tanah, roh loncat masuk dlm badan terus. Kalau ni buat betul2,roh aku tertinggal dekat atas la jawabnya," kata seorang pengguna.

Ada juga yang berkongsi gambar ketika anggota TUDM selamat mendarat bersama payung terjun mereka.

Antara komen menarik daripada warganet di Threads:

Lihat video di sini:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via