seismik

PRN: Portal myundi Kini Tampil Lebih Komprehensif Dengan Ciri & Perkhidmatan Baharu

Ikuti portal myundi untuk mengetahui perkembangan, berita dan pandangan terkini mengenai pilihan raya negeri.

Cover image via myundi

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pilihan Raya Negeri 2023 (PRN23) akan dilaksanakan serentak pada 12 Ogos ini yang merangkumi enam negeri iaitu Kelantan, Selangor, Terengganu, Penang, Kedah dan Negeri Sembilan

Bagi memastikan rakyat Malaysia dapat terus mengikuti segala perkembangan terkini PRN23, portal myundi yang diperkenalkan syarikat media digital REV Media Group kini tampil berwajah baharu dengan perkhidmatan komprehensif.

Bukan itu saja, portal ini turut menampilkan ciri inovatif, pengisian yang lebih moden dan mesra pengguna bertujuan memperkasakan rakyat dengan memberikan mereka maklumat masa nyata, kandungan yang menarik dan akses mudah kepada sumber berkaitan pilihan raya.

Image via myundi

Terdapat beberapa pembaharuan yang boleh meningkatkan pengalaman penggunaan yang lebih baik di samping lengkap dengan informasi terkini

Dengan antaramuka yang mesra pengguna bersama alatan inovatifnya, myundi menyasarkan untuk memperkasakan rakyat dengan memberikan mereka maklumat secara live, kandungan yang menarik dan akses mudah kepada sumber berkaitan pilihan raya.

Image via myundi

Antara perkara menarik yang terdapat menerusi platform myundi PRN23 berbanding yang lain adalah kehadiran bahagian Suara Kita di mana secara khususnya memberi peluang kepada semua warganegara untuk menyuarakan pendapat atau idea mereka untuk masa depan Malaysia.

Kemudian, pada halaman Wiki pula membolehkan para pengguna dapat mengakses banyak artikel yang merangkumi semua aspek pilihan raya negeri yang terlibat.

Image via myundi

Daripada profil calon sehingga ke manifesto parti, semua ini boleh diakses dalam mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai landskap politik sekaligus membantu penggundi membuat pilihan yang tepat.

Dalam memenuhi keperluan linguistik rakyat Malaysia yang pelbagai, myundi turut memperkenalkan butang togol bahasa.

Dengan ini, pengguna dapat menukar antara Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan lancar untuk mengakses kandungan dalam bahasa pilihan mereka.

Image via myundi

Portal myundi juga bakal menyediakan segala maklumat berkaitan PRN23 secara live bermula hari pencalonan sehinggalah keputusan pilihan raya bagi negeri-negeri terlibat. 

Bahkan, myundi sedia memberikan panduan dan kemas kini proses pengundian awal atau undi pos kepada pengguna.

Usaha ini juga diperhebatkan lagi dengan penggunaan hashtag berikut untuk memudahkan perbincangan dan mendorong kesedaran terhadap rakyat.

Image via myundi

Anda boleh ikuti gambar rajah di atas untuk mengetahui hashtag yang digunakan bagi setiap negeri yang mengadakan PRN23 kali ini.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menyertai komuniti myundi hari ini dengan mengunjungi laman rasmi kami di myundi dan terus mengetahui perkembangan, berita dan pandangan terkini mengenai pilihan raya negeri.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: