seismik

#PRU15: Waktu Keluar Mengundi Hanya Untuk Cadangan, Anda Tidak Perlu Mengikutinya

Pengundi boleh lihat waktu yang dicadangkan oleh pihak SPR.

Cover image via Bantuan Rakyat & Berita Harian

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai pengundi kelihatan keliru dengan "masa mengundi yang disyorkan" yang ditunjukkan semasa menyemak lokasi mengundi mereka seperti alamat berdaftar mereka di laman web MySPR Semak

Ada juga yang telah berkongsi di media sosial untuk menyatakan kebimbangan mereka mengenai perkara itu. Ia membuatkan mereka tertanya-tanya sama ada perlukah mengikut waktu cadangan yang diberikan dan apa yang akan jadi jika mereka tidak mengikutinya.

Wartawan Malaysia Hadi Azmi dalam laman Twitternya berkongsi pemerhatian yang sama di media sosial itu minggu lalu. Walaupun dia menyatakan bahawa masa yang disyorkan adalah untuk kawalan orang ramai, ramai yang masih tertanya-tanya adakah mereka akan ditolak jika mereka tiba lebih awal atau lewat.

Lihat posting itu di bawah:

Waktu mengundi itu hanyalah cadangan sahaja

Ia bukanlah satu peraturan dan ia tidak mutlak. Disebabkan itu, anda tidak perlu mengikutinya.

Difahamkan, masa yang disyorkan itu dilaksanakan semasa pilihan raya negeri Johor bagi mengelakkan kesesakan dalam usaha mengekang penularan Covid-19, menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Walaupun SPR digesa untuk mengalih keluar ini daripada laman web mereka untuk mengelakkan kekeliruan pengundi, ia telah memutuskan untuk mengekalkannya. 

Perlu diingat bahawa tidak kira masa yang disyorkan yang dicadangkan kepada anda, adalah lebih selamat untuk beratur sebelum jam 5 petang kerana sesetengah pusat mengundi mungkin ditutup lebih awal daripada waktu tutup yang dinyatakan.

Untuk makluman, waktu buka pusat mengundi adalah:

Semenanjung Malaysia — 8 pagi hingga 6 petang

Sabah dan Sarawak — 7.30 pagi hingga 5.30 petang

Tangkapan skrin dari laman web SPR menunjukkan waktu buka pusat mengundi.

Image via SPR

Semoga perkongsian ini dapat menjawab pertanyaan anda! :)

Image via GIPHY

Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: