Pusing Stereng Macam Roti Canai, Abang Bomba Bagi Tips Elak Airbag Jadi Berbahaya
Difahamkan, ia boleh menyebabkan pemandu mengalami kecederaan apabila beg udara keluar semasa berlaku kemalangan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebelum mendapatkan lesen memandu, seseorang perlu pergi ke kelas memandu untuk belajar langkah-langkah keselamatan asas untuk memandu kereta
Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang anggota Bomba dan Penyelamat memberi nasihat kepada orang ramai tentang cara memegang stereng kenderaan seperti yang diajarkan semasa kelas memandu.
Menurutnya, cara memegang stereng yang diajar biasanya dikenali sebagai 10:2 atau 3:9, di mana tangan meletakkan seperti angka pada jam.
Menerusi video tersebut, anggota tersebut menekankan pentingnya untuk menghindari teknik "roti canai", di mana kedua tangan memutar stereng secara berlebihan seolah-olah sedang membuat roti canai.
Berbahaya dan boleh berlaku kecederaan jika beg udara keluar
“Bila dah kecemasan seperti tertidur, namun sudah jadi tabiat memandu macam ni terbabas lalu terlanggar pembahagi jalan dan menyebabkan beg udara keluar, jadi habislah jari patah.
“Elok-elok tak ada sakit, patah jari, sebab tu orang tak bagi roti canai,” katanya lagi.
Walaupun seseorang itu pandai memandu, penggunaan gaya tersebut masih berbahaya, terutamanya jika kenderaan dilengkapi dengan sistem airbag. Ini juga boleh menyebabkan kecederaan di kepala akibat terkena tangan sendiri.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!