[VIDEO] Pelancong China Dikecam Sebab Kutuk Orang Sabah Tak Tahu Bertutur Bahasa Mandarin
Alamak, kes apa pula ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Apabila ada pihak luar yang mengutuk makanan di Malaysia, pasti setiap individu akan merasa tersinggung dan bertindak untuk mempertahankannya
Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial tentang seorang pelancong dari negara China yang tidak berpuas hati dengan penduduk setempat di Semporna kerana halangan berkomunikasi.
Seorang netizen yang fasih berbahasa Mandarin juga mendedahkan bahawa wanita itu mengkritik makanan tempatan kerana katanya tidak enak an kurang rasa.
Makanan terlalu cair dan tidak sedap
Wanita itu mengaku bahawa pada hari pertama kunjungannya ke Malaysia, dia hampir kebuluran di tepi jalan.
Dia kemudian merakam beberapa hidangan, termasuk lauk-pauk, sambil berkata bahawa makanan tersebut adalah yang terdapat di bandar dan tidak layak untuk dimakan.
Dia juga menyebut bahawa dia bertuah kerana telah menemui sebuah restoran Cina dan memesan nasi ayam tetapi dia menegaskan bahawa makanan di kedai itu terlalu berair dan tiada rasa yang khas.
Tambahnya lagi, dia juga menghadapi kesukaran mencari restoran makanan laut untuk mendapatkan hidangan yang kena dengan tekaknya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!