seismik

Kanak-Kanak Di Jepun Sendiri Mahu Datang Ke Malaysia Selepas Cuba Pisang Goreng

Wah, sedapnya.

Cover image via @tinggai.kat.jepun (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika dulu movie Mechamato berjaya membuat anak-anak di Jepun tergila-gila dengan kuih karipap, kini mereka pula jatuh hati dengan kuih pisang goreng yang biasa dimakan oleh kita

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang individu dari Malaysia yang berkerja sebagai koordinator hubungan antarabangsa di Jepun berkongsi pengalaman beliau mengajar cara menyediakan kuih tradisional iaitu pisang goreng untuk pelajar sekolah rendah di Hioki City.

Kanak-kanak terbabit diberikan peluang melakukan penyediaan goreng pisang dengan bahan-bahan yang disediakan. Sebagai dekorasinya, mereka juga diberikan beberapa topping seperti coklat bersama manisan sprinkles.

Mereka sangat menyukai pisang goreng tersebut sehingga ingin datang ke Malaysia

Ternyata, mereka sangat menyukai kuih tersebut dan asyik memuji kesedapannya. Memang boleh dilihat terpancar keseronokan di wajah mereka untuk mempelajari keunikan kuih tradisional di Malaysia.

Di akhir sesi kelas itu, mereka beramai-ramai bersorak mengatakan mahu datang ke Malaysia. Lelaki itu pun sangat teruja mengetahui kanak-kanak di negara Jepun tersebut sangat menyukai makanan tradisional Malaysia.

Lihat video penuh itu di bawah:

Siapa je tak suka makan pisang goreng, favourite admin tau :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: