Rasai Sendiri Kemeriahan Festival #GEGARIA Kali Ini Di Johor Bahru. Blok Kalendar Anda Ya!
Festival yang sememangnya sesuai untuk seisi keluarga. Memang fun habis!
Seperti yang kita tahu, baru-baru ini telah berlangsungnya festival Gegaria di Setia City Convention Center, Shah Alam.
Untuk yang sudah pun rasai sendiri kemeriahan Gegaria ini dan masih belum puas, jangan risau! Masih ada kali ini di Johor Bahru pula!
Festival Gegaria ini sememangnya sesuai untuk seisi keluarga. Kalau anda tak tahu nak bawa anak-anak pergi ke mana pada bulan Febuari nanti, jangan risau! Gegaria kali ini akan berlangsung di Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru pada 3 Febuari 2018 pada jam 8am hingga 11pm!
Festival yang penuh dengan warna-warni yang akan menceriakan hari anda. Boleh luangkan masa anda dari pagi sampai malam. Fun sangat!
Sama seperti di Shah Alam, akan ada aktiviti yang awesome dan menarik seperti:
- CSR di Community Booth
- Zumba
- E-games
- Life performances
- Throwback Tunnel
- Lifestyle Sharing Session dengan celebrity tanah air
Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk hadirkan diri ke Festival Gegaria!
Oh! Di festival GEGARIA nanti akan ada booth MyGameOn eSports Zone dan game VR serta perlawanan Area of Valor 5v5 anjuran Garena yang sememangnya akan menghiburkan anda semua! Yang penting, semuanya adalah PERCUMA! :)
Lebih menarik, peserta yang telah mendaftarkan diri sebagai pemain AOV GEGARIA akan berpeluang untuk memenangi hadiah terkumpul bernilai RM10,000!
Tempat paling best kat Gegaria nanti adalah Throwback Tunnel. Inilah masanya untuk anda mengimbau sejarah Malaysia!
Sebab akan ada galeri berita NSTP dan semua gambar tinggalan sejarah dari tahun 1950an hingga 2000. Menarik bukan? Semua artwork ini telah direka khas oleh kakitangan New Straits Times Press dari AdStudio sempena meraikan pencapaian kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang.
Banyak tempat & background yang sememangnya instaworthy! Cantik sangat dengan warna yang begitu menceriakan :)
Untuk kaki instagram pula, karnival ini memang sangat sesuai untuk anda. Dengan warna-warna yang menceriakan, bila upload dalam instagram mesti feed anda nampak lebih menarik dengan warna yang pelbagai!
Di ruangan masuk, anda juga akan nampak art installation gergasi yang sememangnya cantik untuk dijadikan background #OOTD anda! :)
Struktur dan warna-warna yang ada di Gegaria ini dilhamkan oleh rumah tradisional melayu yang begitu menarik!
Berzumba! Aktiviti ini akan dikelokakan oleh Hanif Shawn. Seronoknya boleh berzumba sambil berhibur!
Apa yang lebih menarik kalau anda mengambil bahagian dalam aktiviti Zumba ni, anda mungkin berpeluang untuk dapat cabutan bertuah berupa seutas jam tangan jenama Suunto berjumlah RM1,299 pada setiap sesi!
Anda nak sign-up untuk berzumba di Gegaria JB nanti? Boleh klik di link ini!
Tidak lupa juga untuk pemakan tegar. Anda boleh menikmati pelbagai hidangan menjilat jari yang bakal disediakan di Gegaria nanti!
Bukan hanya boleh bersuka ria bersama ahli keluarga, anda juga akan disajikan dengan pelbagai pilihan makanan sepanjang festival ini dijalankan.
Untuk pengetahuan anda, Gegaria ini menyediakan hidangan makanan daripada 14 negeri di Malaysia.
Mereka juga akan menampilkan chef selebriti yang bakal hadir iaitu Chef Fikree & Chef Naem untuk food demo. Pastinya sangat meriah!
Aktikel berkenaan: Gegaria Makan-Makan
Gegaria Community bakal menampilkan influencer yang terkenal iaitu Nabila Razali! Siap ada demo make-up, tutorial tudung, gaya rambut dan fesyen!
Persembahan artis-artis terkenal untuk Gegaria Entertainment. Pastinya keseronokan tanpa henti hingga ke malam untuk anda semua pengunjung!
Antara barisan artis terkenal yang bakal menghiburkan anda di sana nanti adalah:
- DeFAM
- Akim & The Majistret
- Noh Salleh
- Kugiran Masdo
- Bunkface
Seronok bukan?
Jangan lupa untuk block tarikh 3 Febuari 2018 untuk ke #Gegariafest di Johor Bahru. Boleh bawa satu famili, lagi ramai-lagi meriah!
Tarikh: 3 Febuari 2018
Lokasi: Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru
Masa: 8am - 11pm
Jumpa anda di sana! :)