[RASMI] Siap Sedia Rakyat Malaysia, Proton X50 Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi. Wow!
Tak sabarnya nak tunggu.
Umum sedia maklum, sejak kebelakangan ini sedang hangat dibincangkan serta tular gambar 'spyshot' kenderaan utiliti sukan (SUV) kedua Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) X50 di media sosial
Menurut laporan, video iklan Hari Merdeka Proton pada 31 Ogos lalu, seakan-akan memberi bayangan bahawa Proton X50 itu bakal diperkenalkan tidak lama lagi.
Tonton video penuh iklan Hari Merdeka Proton di bawah:
Selepas pelancaran SUV sulung mereka Proton X70 pada tahun 2018 yang dinobat sebagai juara bagi SUV segmen premium, jenama nasional negara itu tidak menunggu lama dan hanya mengambil masa lebih kurang dua tahun untuk melancarkan Proton X50.
Berdasarkan sumber daripada rakan-rakan dalam dunia automobil dan Proton sendiri, pra-pelancaran (soft launch) model SUV segmen-B yang paling dinanti-nantikan itu dijangka akan dibuat pada bulan Oktober nanti.
Difahamkan, jurujual Proton telah diarahkan untuk mengikuti latihan mengenai Proton X50 bermula minggu hadapan
Malah, tempahan juga sudah boleh dibuat sebaik pelancaran dan kemungkinan kereta itu akan diserahkan kepada pembeli pada Januari tahun hadapan.
Bagaimanapun, tarikh sebenar pelancaran kereta itu masih dirahsiakan sehingga kini. Namun adakah benar nama X50 akan digunakan? Berdasarkan spekulasi, nama tersebut muncul selepas tersebarnya gambar maklumat pendaftaran trademark dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia oleh Proton yang menunjukkan Proton bakal meneruskan penggunaan nama X50.
Proton X50 dikatakan mengambil rupa dan spesifikasi berdasarkan model Geely Binyue di pasaran China yang tersedia dalam dua varian iaitu 1.0 liter enjin turbo (134 hp dan 205 Nm) dan 1.5 liter enjin turbo (174 hp dan 255 Nm) beserta ciri-ciri dual zone, climate control, power adjustable driver dan panoramic sunroof.
Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada Proton untuk pelancaran kereta nasional negara ini!