Rayuan BR1M Boleh Dibuat Bermula April 2018 Bagi Mereka Yang Gagal
Fasa kedua dan ketiga akan dijalankan dalam bulan Jun dan Ogos, tahun ini.
Untuk individu yang gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ketika pembayaran fasa pertama yang telah diagihkan bermula Febuari yang lalu kini boleh membuat permohonan semula
Pembayaran tersebut telah dilakukan secara berperingkat dan dibayar kepada individu yang layak untuk menerima BR1M.
Namun, masih ada individu yang GAGAL menerima pembayaran BR1M ketika fasa pertama dijalankan. Kerajaan juga telah membuka permohonan kepada mereka yang ingin menerima bantuan tersebut.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, mereka boleh mengemukakan rayuan bermula bulan hadapan.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata mereka boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk tindakan seterusnya
Menurut beliau, pemohon yang gagal dalam permohonan boleh membuat rayuan mulai April ini.
"Ia bagi membolehkan LHDN melakukan proses terhadap rayuan dikemukakan pemohon," katanya kepada media sempena Hari Hasil 2018 di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) beberapa hari yang lalu.
Tahun ini kerajaan telah memperuntukkan kira-kira RM6.3 bilion bagi pengagihan kepada kira-kira tujuh juta penerima BR1M di seluruh negara.
Fasa pertama pengagihan bulan ini bermula Isnin lalu iaitu secara berperingkat manakala fasa seterusnya pada bulan Jun serta Ogos.
Pengagihan BR1M ini dilakukan mengikut kelayakan setiap individu dan pendapatan isi rumah
- Penerima isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah: RM1,200
- Penerima isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 - RM4,000: RM900
- Penerima individu berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah: RM450
Permohonan rayuan BR1M tidak boleh dikemukakan online. Anda perlu buat secara manual dengan melengkapkan butiran yang diperlukan dalam borang rayuan tersebut.
Pemohon perlu menyertakan beberapa salinan dokumen yang berkaitan seperti:
- Penyata gaji
- Salinan kad pengenalan pasangan/tanggungan terkini bagi menyokong permohonan
Permohonan rayuan boleh dikemukakan oleh pemohon bermula 2 April 2018 sehingga 31 Mei 2018 melalui:
- Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
- Pusat Khidmat Hasil (PKH)
- Pusat Transformasi Bandar (UTC)
Borang rayuan yang lengkap bersama salinan dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar ke mana-mana saluran yang dinyatakan seperti diatas.
NOTA PENTING: Sertakan pembuktian salinan dokumen diperlukan mengikut kod alasan tidak lulus sepertimana yang diberitahu dalam bahagian lampiran borang rayuan.