"Respect Gila" - Hormat Rakan Berpuasa, Pelajar India Ini Sampai Makan Menyorok Tepi Katil
Comel je makan sorok situ.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum mengetahui sekarang telah masuknya bulan yang paling mulia iaitu bulan Ramadan
Pada bulan inilah ramai orang berebut-rebut mahu mendapatkan pahala dan melakukan banyak ibadah.
Sudah tentu bagi mereka yang bukan beragama Islam pula, mereka bebas untuk makan dan minum seperti biasa di restoran dan tempat awam.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang pelajar lelaki India yang makan sorok-sorok kerana hormat rakan berpuasa mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menyorok dan makan tepi katil sebab tak nak bagi kawan Islam nampak
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pelajar lelaki India itu sedang makan di tepi katilnya sambil menghadap dinding.
Dia melakukan perkara tersebut kerana menghormati rakan biliknya yang sedang berpuasa.
Situasi itu sempat dirakam oleh salah seorang teman sebiliknya yang kemudian menyakatnya dan berkata dia tidak berpuasa sambil disambut gelak bersama. Tindakannya itu ternyata mendapat pujian ramai kerana pandai menghormati orang yang sedang berpuasa.
"Good looking with good attitude" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan kata-kata positif buat pelajar India berkenaan.
Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama mereka bersama rakan bukan Islam yang juga menghormati pada bulan puasa.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 45.8K views, 3,395 likes dan 180 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok: