seismik

Ini Respon Netizen Selepas Perletakan Jawatan Dr. Maszlee Malik Sebagai Menteri Pendidikan

Beliau yang dilantik pada 21 Mei 2018 telah menghantar surat perletakan jawatan kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada tengah hari tadi.

Cover image via Capital Post & Astro Awani

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, sah meletakkan jawatannya dalam kabinet berkuatkuasa 3 Januari 2020

Beliau yang dilantik pada 21 Mei 2018 telah menghantar surat perletakan jawatan kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada tengah hari tadi.

Image via Capital Post

Dalam sidang media yang dibuat baru-baru ini, Dr. Maszlee berkata, keputusan itu dibuat selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri.

“Dengan hati yang reda walaupun berat, dengan nasihat perdana menteri saya ini Maszlee Malik memulangkan semula jawatan Menteri Pendidikan kepada Perdana Menteri, berkuatkuasa pada 3 Januari 2020,” katanya.

Image via Harian Metro

Dr Maszlee berkata sepanjang 20 bulan menerajui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), beliau yakin sudah meletakkan asas dan hala tuju jelas dengan slogan ‘Pendidikan Untuk Semua’ walaupun dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan terutama isu Jawi, internet sekolah dan sarapan percuma.

Tambahnya lagi, semenjak 2018, KPM sentiasa bersikap telus dengan inisiatif dan progres dalam usaha mereformasi pendidikan

“KPM menjadi kementerian pertama yang membentangkan laporan 100 hari Pakatan Harapan, kemudian kad laporan prestasi setahun (Jun 2018 – Jun 2019) dan kad laporan untuk 2019. Trend ini diikuti oleh kementerian lain.

Image via Cikgu Share

“Tahun 2019 membuktikan beberapa inisiatif yang kita perkenalkan akhirnya membuahkan hasil. Hampir 90 peratus projek sekolah daif yang kita usahakan, siap lebih awal,” ujarnya.

Dr Maszlee yang dilantik sebagai Menteri Pendidikan pada 21 Mei 2018 merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam dan Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi BERSATU.

Susulan daripada berita perletakan jawatan itu, rata-rata warganet berkongsikan reaksi mereka

Melalui tinjauan di laman Twitter, berikut adalah antara reaksi yang ditinggalkan para warganet:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS:

You may be interested in: