seismik

Kehidupan Berubah Sejak Bercahaya Mata, Rihana Petra Ucap Terima Kasih Pada Yang Mendoakan

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan isterinya, Rihana Oksana Petra, selamat melahirkan putera sulung mereka, Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra pada 21 Mei yang lalu.

Cover image via Instagram Rihana Oksana Petra

Seperti yang semua sudah sedia maklum, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita Rusia pada tahun lalu

Menurut laporan, wanita tersebut dipercayai merupakan bekas ratu cantik Moscow yang dikenali sebagai Oksana Voevodina.

Meskipun begitu, sehingga kini, baik Istana Negara mahupun kerajaan negeri Kelantan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkhabaran ini.

Baru-baru ini, Oksana telah memuat naik satu posting di laman Instagram rasminya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mendoakan kesejahteraannya

Dalam postingnya, Oksana Voevodina yang kini memilih untuk dikenali dengan nama Rihana Oksana Petra turut mengakui bahawa kehidupannya berubah semenjak kelahiran putera sulungnya bersama bekas Yang Di-Pertuan Agong itu.

View this post on Instagram

Kepada semua pengikut pengikut saya yang dihormati, jutaan Terima Kasih diucapkan ke atas komen-komen anda. Saya amat senang hati apabila membaca ucapan ikhlas dari anda semua. Kehidupan kami telah berubah sejak anak comel ini dianugerahkan kepada kami suami-isteri dan membawa bersamanya kasih sayang dan cinta. Alhamdulillah, sekarang kami adalah keluarga yang bahagia dan sifat kekeluargaan adalah penting dalam kehidupan kita semua. Oleh itu, diharap kita sama-sama menjaga keluarga kita dan juga satu sama lain. Dan semoga kita dan ahli keluarga kita terus sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah swt. Dear Followers! Thank you for your warm kind comments. I am very pleased to read your congrats. Our life has changed since this little cute bunny came to our world. He came here to be give love and to be loved. When one person starts to take care of another one more than about himself, love turns into a family. Family and children are the most important things in this life. Take care of each other. Дорогие подписчики! Спасибо за ваши тёплые слова. Мне очень приятно читать ваши поздравления. Наша жизнь изменилась с появлением этого маленького человечка, который пришёл в этот мир дарить любовь и быть любимым. Когда каждый начинает заботиться о другом больше, чем о самом себе, любовь перерастает в семью. Семья и дети - это смысл жизни. Берегите друг друга.

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

"Alhamdulillah, sekarang kami adalah keluarga yang bahagia dan sifat kekeluargaan adalah penting dalam kehidupan kita semua.

"Oleh itu, diharap kita sama-sama menjaga keluarga kita dan juga satu sama lain. Dan semoga kita dan ahli keluarga kita terus sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT," ujarnya.

Bukan itu sahaja, bersempena dengan sambutan Aidilfitri yang lalu, Rihana tidak terlepas peluang mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pengikut Instagramnya

Alhamdulillah.

Semoga Sultan Muhammad V sentiasa berbahagia di samping permaisuri hatinya sehingga ke akhir hayat.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: