Lihat Sini Video & Gambar Rasmi Perkahwinan Sultan Muhammad V & Oksana Voevodina. Secocok!

Baginda telah dikhabarkan berkahwin pada November tahun lalu.

Sebelum ini terdapat khabar angin menyatakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita Rusia pada November tahun lalu

Menurut laporan, wanita tersebut dipercayai merupakan bekas ratu cantik Moscow yang dikenali sebagai Oksana Voevodina.

Image via says.com

Menerusi laman www.islamnews.ru, dilaporkan bahawa majlis perkahwinan yang berkonsepkan gabungan tradisi Melayu dan Rusia itu telah diadakan di Dewan Barvikha di Moscow.

Dalam majlis itu, Sultan Muhammad V dipercayai mengenakan mengenakan serba lengkap persalinan baju Melayu sementara wanita terbabit memakai sepersalinan gaun pengantin berwarna biru muda.

Dilaporkan, tetamu yang hadir dijamu dengan pelbagai hidangan istimewa tanpa minuman beralkohol.

Ternyata khabar angin itu benar-benar berlaku apabila beberapa gambar perkahwinan bekas Yang di-Pertuan Agong tersebar di media sosial selepas ia dimuat naik oleh jurugambar rasmi majlis itu di laman Instagram

Jurugambar yang berasal dari Rusia bernama Maxkoliberdin itu telah memuat naik 10 gambar perkahwinan Sultan Kelantan dan Oksana Voevodina.

Baru-baru ini, video rasmi perkahwinan di antara Sultan Muhamad V dan Oksana Voevodina juga telah tersebar di media massa

Menerusi video ini, dapat dilihat keindahan majlis perkahwinan tersebut, bermula dari rekaan dewan perkahwinan, pelaminnya serta kedua-dua mempelai yang sangat cantik.

Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi berhubung perkahwinan Sultan Muhammad V dikeluarkan oleh mana-mana pihak istana.

Lihat video penuh di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment