"Salah Step" - Wanita Kongsi Suruh Suami Rebus Telur Masin, Tapi Lain Pula Yang Jadi
Ini salah ikut arahan ni.
Apabila sudah berumah tangga, pasti akan ada sahaja pelbagai ragam antara suami isteri
Sebelum ini tidak duduk rumah sebumbung. Bila sudah duduk sebumbung, barulah semua perangai sebenar akan mula dilihat.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang wanita berkongsi kisah ketika dia menyuruh suaminya untuk rebus telur masin ini telah meraih perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Si suami salah faham arahan isteri, terus rebus tanpa basuh
Menerusi video yang dimuat naik oleh @iela_mazila, kelihatan dia berkongsi ketika dia melihat rebusan telur masin yang direbus oleh suaminya.
Apa yang menghiburkan orang ramai adalah apabila suaminya tidak jelas akan arahannya dan dia langsung merebus telur masin itu tanpa membasuhnya terlebih dahulu.
Situasi itu membuatkan dia tertanya adakah arahannya tidak jelas sehingga suaminya itu berbuat demikian.
"Abang, tolong rebus telur masin. Letak je air dalam periuk. Lepastu letak telur terus", arahnya kepada suaminya.
"Laki aku pulak, suruh dia cabut cadar sebab nak basuh. Dia betul-betul cabut cadar saja. Sarung bantal dia tinggal. Dah kalau cabut cadar kena la cabut semua" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 1.5M views, 74K likes dan 1,508 comments di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!