seismik

Sarung Telefon Ini Datangkan Fungsi 'Wireless Charging' Untuk Huawei P30. Serius Magik!

Siap ada magnet!

Cover image via Mashable | Huawei

Artikel ini ditaja oleh Huawei.

Sekarang ni kalau sebut je pasal telefon bimbit dan segala aksesorinya, memang tak sempat nak ikut dah

Teknologi laju betul berkembang. Kalau lambat sikit je, mesti ketinggalan. Tapi teknologi ni penting sebenarnya. Sibuk macam mana pun kita, sekurang-kurangnya pastikan kita ikut perkembangan semasa ya!

Image via tumblr.com

Sebab tu kali ini kami nak kongsi dengan korang tentang kejutan terbaru daripada Huawei. Hari ni ramai dah terkejut dengan kemunculan Huawei P30 Series secara rasmi di Malaysiayang ni kejutan lain pulak. Tahun 2019 ni kami boleh cakap tahun Huawei kot sebab segala keluaran terbaru daripada jenama Huawei ni luar biasa!

Huawei P30 Pro (kiri) dan Huawei P30

Image via Mashable

Huawei tak pernah mengecewakan dan semakin melangkah ke hadapan!

Huawei hadir dengan telefon pintar Huawei P30 dan P30 Pro yang mempunyai satu perbezaan yang agak ketara iaitu pengecasan tanpa wayar. Bagi korang yang belum tahu, Huawei P30 Pro mempunyai keupayaan yang membolehkan peranti dicas tanpa menggunakan wayar, manakala Huawei P30 pula tidak memiliki ciri tersebut.

Tak best lah kan?

Image via mspimages.in

Jadi, Huawei nampaknya cuba merapatkan jurang antara kedua-dua telefon pintar ini dengan memperkenal satu alternatif hampir serupa iaitu dengan meletakkan ciri tersebut pada peranti Huawei P30 jugak.

Macam mana?

Nah, Huawei dah keluarkan satu sarung telefon khas yang istimewa untuk Huawei P30!

Image via Huawei

Paling menarik, smartphone case ni membolehkan telefon Huawei P30 dicas menggunakan dermaga pengecas secara terus. Pendek kata, korang sebagai pengguna tak perlu lagi susah-susah nak sambungkan kabel pada sambungan port. Letak je terus settle!

Image via Huawei

Ciri keselamatan sentiasa diutamakan oleh Huawei

Image via Huawei

Salah satu sebab kami suka jenama Huawei ni adalah kerana produk Huawei sentiasa mengutamakan ciri keselamatan dalam rekaan mereka.

Bagi sarung telefon pengecas tanpa wayar ini, Huawei memastikan proses pengisian semula tanpa wayar lebih cepat dan selamat dengan sijil keselamatan TÜV Rheinland dan pensijilan QI.

Dia punya design pun serius lawa!

Selain kelebihan boleh mengecas telefon tanpa wayar, kami juga tertarik dengan rekaan sarung telefon ini yang memang cun. Ia menampilkan design rongga-rongga kecil di seluruh bahagian sarung telefon tersebut. Reka bentuk sarung berlubang ini membuatkan tekstur sarung telefon tidak licin untuk cengkaman yang lebih baik.

Image via Huawei

Sarung yang dinamakan Wireless Charging Case ini didatangkan dengan dua pilihan warna, oren dan hijau. Warna nampak eksklusif dan kena dengan kecanggihan teknologinya. Kalau korang perasan juga ada logo petir atau kilat kecil di tengah-tengah sarung untuk highlight ciri menarik sarung telefon ini.

Image via Huawei

Paling best, siap ada magnet!

Image via Huawei

Pada bahagian bawah pula, ada magnet untuk memudahkan korang meletakkan telefon bimbit dengan lebih selamat dan mudah di dok kereta.

Paling penting korang kena tahu, sarung telefon serba canggih ini menyokong pengecasan tanpa wayar Qi dengan kuasa mengecas mencapai 10W dan ini bermakna ia sedikit rendah berbanding Huawei P30 Pro yang menyokong teknologi 15W.

Walau bagaimanapun, buat masa ini harga dan stok yang tersedia untuk 'Huawei P30 Wireless Charging Case' ni belum diumumkan sepenuhnya. Sabar okay!

Image via whicdn.com

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Huawei P30 Series mempunyai fungsi zoom yang amat luar biasa hebat! BACA SINI:

You may be interested in: