seismik

"Dia Tak Ada Nombor Telefon Saya, Saya Juga Tak Simpan Nombor Dia" - Ibu Abam Bocey

Sebak pula baca.

Cover image via pa&ma

Indsutri hiburan tanah air telah kehilangan seorang pelawak terkenal pada 10 Februari lalu, iaitu Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhhtar Syed Mohd Ridhuan

Kehilangan Abam di usia 32 tahun telah memberi kesan yang sangat mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia lebih-lebih lagi ahli keluarganya.

Susulan daripada pemergian Allahyarham Abam, timbul pula perkara yang kurang manis apabila wujud pertikaian di antara adiknya, Ali Puteh bersama balu arwah, Norhidayah Mohd Ali.

Ia mula tercetus selepas seorang usahawan kosmetik pergi ke rumah Norhidayah untuk menghulurkan bantuan baru-baru ini dan pada sesi itu terdapat beberapa kenyataan yang dikeluarkan wanita tersebut tidak disenangi keluarga Abam.


Terbaru, ibu kepada Almarhum Abam membuka mulut dan menceritakan keadaan yang berlaku ketika ini

Image via Harian Metro

Memetik laporan Berita Harian, Sabariah Arshad berkata dia kini tidak mengetahui perkembangan menantu serta cucunya selepas kedua-duanya meninggalkan rumah di hari keenam arwah pergi.

Sabariah berkata, Norhidayah tidak meninggalkan sebarang pesanan apabila meninggalkan rumah malah dia turut mendakwa bahawa menantunya itu juga tidak menyimpan nombor telefonnya.

“Dia tidak ada nombor telefon saya. Sama juga, saya tidak menyimpan nombor telefonnya. Jadi, saya tidak tahu keadaan mereka.

“Saya tidak pernah menyuruh dan tidak melarang jika dia hendak keluar dari rumah yang disediakan arwah.

“Norhidayah tidak cakap apa-apa ketika keluar dari rumah. Biarlah, saya pun malas hendak ambil tahu. Saya sudah tua dan tidak larat lagi,” katanya.

Sabariah berkata dirinya tidak mahir untuk menggunakan telefon bimbit, malah dia juga mengakui bahawa dia sebenarnya buta huruf

Image via karteldakwah

Wanita ini bagaimanapun berkata, dia ada menyimpan tujuh nombor telefon lain iaitu empat anaknya, dua cucu dan seorang lagi menantu namun kesemua nombor tersebut dimasukkan oleh anak-anaknya.

“Saya buta huruf dan tidak pandai menggunakan telefon bimbit. Jika hendak menelefon anak-anak, saya hanya menekan punat ‘speed dial’ sahaja."

“Pada usia sekarang, saya malas hendak fikir perkara remeh. Saya reda dan maafkan apa sahaja orang lakukan kepada saya. Saya hanya fikir siapa yang nak bela dan beri saya makan selepas ketiadaan abang... Itu sahaja.” katanya.

Sabariah dalam pada itu turut mengakui merindui cucunya namun tidak berdaya untuk melihat wajah bayi tersebut kerana akan teringatkan arwah anaknya.

“Tapi dalam keadaan sekarang, saya hanya memikirkan mengenai arwah. Selama 32 tahun dia hidup, kami tidak pernah berpisah.

“Lagi pun, saya tidak boleh lihat wajah cucu kerana asyik teringatkan arwah,” katanya lagi.

Diharapkan agar semuanya boleh kembali kepada sedia kala untuk kedua-dua belah pihak.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel berkaitan:

You may be interested in: