seismik

"Telan & Tahan Segala Ujian" - Ali Puteh Jelas Bakal Ambil Tanggungjawab Abam Bocey

Memang contoh seorang adik yang baik. Alhamdulillah arwah memang dikelilingi orang-orang yang mulia.

Cover image via Astro Awani & Google

Seperti yang kita semua sedia maklum, setelah pemergian pelawak terkenal, Abam Bocey, insan yang paling terkesan semestinya ahli keluarga terdekat

Image via Berita Harian
Image via Berita Harian
Image via Google

Menurut mereka semua, kehilangan arwah benar-benar memberi kesan yang mendalam buat seluruh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi keluarga sendiri. Tambahan lagi, insan mulia ini pergi menghadap Ilahi di usia yang masih muda iaitu 32 tahun.

Oleh itu, adik kepada arwah Abam Bocey iaitu Ali Puteh tampil menjelaskan bahawa dia bakal ambil tanggungjawab yang ditinggalkan oleh arwah

Ali Puteh, adik arwah Abam Bocey.

Image via Astro Awani

Meskipun Ali Puteh sudah kehilangan orang tersayang dalam tempoh tiga bulan, ia tidak menghalang dirinya untuk terus berjuang buat keluarga. Ali Puteh atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, dikhabarkan baru sahaja kehilangan anak tersayang iaitu Sharifah Ainul Mardhiah yang berusia tiga bulan pada 26 November tahun lalu.

Kini dia diuji kembali dengan kehilangan abang kesayangan buat selama-lamanya.

Walaupun perit untuk melalui ujian yang diberikan, Ali nekad untuk meneruskan perjuangan abangnya dalam bidang seni serta mengambil alih tanggungjawab menyara keluarga

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro, Ali turut menjelaskan bahawa dirinya sendiri tidak mampu untuk menahan segala dugaan yang mendatang.

“Anak saya baru meninggal dunia tiga bulan lalu dan hari ini saya diuji sekali lagi apabila abang pergi mengadap Ilahi.

“Sebenarnya saya tidak mampu nak tahan benda ini. Kadang-kadang saya termenung memikirkan nasib hidup, tetapi saya perlu percaya pada qada dan qadar Allah. Saya diuji untuk diberi yang lebih baik, jadi saya kena telan dan tahan segala-galanya,” katanya.

"Tiada lagi insan yang bergelar 'abang' untuk dijadikan sebagai rujukan atau tempat berkongsi apa sahaja..." - Ali Puteh.

Image via ISMAWeb

“Selepas ini tiada istilah abang untuk hidup saya, sebab dalam industri hiburan apa-apa saya akan rujuk abang, sekarang saya perlu berjalan sendiri untuk terus hidup,” katanya.

Ketika menceritakan detik-detik akhir dia bertemu dengan arwah, Ali cuba untuk menggoncang perut arwah tetapi tidak menyahut. Dia lalu cuba untuk goncang kepala arwah dan cakap 'abang bangun, angah datang dengan mak', masih tiada respon.

“Saya pegang muka arwah dan rapatkan muka saya ke mukanya. Saya sudah agak dia sudah tinggalkan kita semua, sebagai adik memang tidak sangka sebab arwah tiada sakit cuma dua hari ini macam demam,” jelasnya lagi.

Namun, jauh di sudut hatinya dia mengetahui bahawa arwah sudah tiada namun masih menguatkan diri juga supaya arwah bangun.

Arwah merupakan orang paling gembira ketika Ali menjuarai Maharaja Lawak Mega baru-baru ini

“Dia orang pertama peluk saya dan cakap saya hebat dan handal kerana sebelum ini saya tidak mampu kalahkan dia, tetapi tahun ini saya menang. Dia peluk saya lama dan bangga dengan kemenangan saya, tidak sangka itu petanda dia akan pergi buat selama-lamanya,” katanya.

Banyak kenangan antara mereka sekeluarga yang tidak dapat dilupakan sehingga kini. Antaranya pada tahun 2009 selepas kematian bapa, kehidupan mereka adik beradik menjadi susah sehingga tahun 2010 keluarga mereka masih makan nasi berlaukkan garam dan tiada apa-apa.

Situasi itu mula beransur pulih apabila arwah berjaya mencari rezeki untuk keluarga dan namanya kian popular. Malah, arwah pernah berkata bahawa Ali akan mengikut jejak langkahnya dalam bidang seni.

Abam memang anak yang baik, tengok hari ini, ramai yang datang ke masjid, hospital, rumah dan kubur. Terbukti ramai orang yang senang dengan sikap arwah,”
Ali Puteh
Image via Harian Metro
Image via Harian Metro

Ali turut menjelaskan bahawa dia akan mengambil alih menjaga ibunya seperti yang diinginkan arwah.

Al-Fatihah buat arwah Abam Bocey.

Image via Kopi Panas RTM

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel berkaitan:

You may be interested in: