seismik

"Abam Tak Pernah Berkira Dengan Adik-Beradik" - Kakak Kepada Arwah Abam Bocey

Mulianya hati arwah.

Cover image via Sinar Harian

Pemergian arwah Abam Bocey telah membuatkan ahli keluarga serta rakan-rakan rapat arwah terkesan dan masih bersedih dengan berita tersebut

Image via Beautiful Nara

Kejadian tersebut telah disedari oleh isterinya sendiri iaitu Nor Hidayah apabila dijelaskan bahawa arwah tidak bangun ketika dikejutkan untuk bangun solat Subuh. Arwah juga telah dimaklumkan demam sejak dua hari yang lalu namun tidak mendapatkan rawatan di hospital.

Arwah Abam Bocey dan isteri.

Image via Roti Kaya

Sementara itu, kakak arwah iaitu Sharifah Nor Wahidah Syed Mohd Ridzuan, 41, telah menjelaskan bahawa adiknya itu hanya berehat di rumah selepas demam dan sakit kepala sejak tiga hari lepas

Image via Sinar Harian

Menurut laporan, Sharifah Nor Wahidah berkata dia telah menyuruh arwah untuk ke klinik tapi arwah tidak mahu. Dia menjelaskan bahawa setahunya, arwah tiada sakit apa-apa, mungkin hanya penat bekerja dan kurang waktu berehat.

Dia mengatakan bahawa adiknya itu merupakan seorang yang sangat disenangi dalam kalangan keluarga dan pemergiannya ini merupakan satu kehilangan yang besar buat mereka sekeluarga.

Dia seorang yang baik dan tak pernah berkira dengan adik-beradik."
Sharifah Nor Wahidah Syed Mohd Ridzuan, kakak arwah Abam Bocey

Tambahan pula, dia memberitahu bahawa ibu mereka merupakan orang yang sangat rapat dengan arwah. Melihat raut wajah anaknya yang masih kecil sahaja buatkan dia sebak.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

You may be interested in: