seismik

Rindu Nak Selfie Atau OOTD? Jom Singgah Ke 'Selfie Station' Di Semenyih Ini. Caj RM8 Je!

Mempunyai 14 konsep yang berbeza, caj bayaran masuk bagi seorang adalah sebanyak RM5 pada hari biasa dan RM8 pada hujung minggu.

Cover image via Twitter @anakcikjoe

Instagram feed tak menarik sebab dah lama tak bergambar?

Buat yang tercari-cari tempat lit dan masih rare untuk bergambar, ini ada spot baik punya untuk anda semua!

Menerusi laman Twitter, Nazirah Johari telah berkongsikan lokasi 'selfie' atau 'ootd' menarik iaitu Selfie Station yang terletak di Semenyih, Selangor.

Caj bayaran masuk bagi seorang adalah sebanyak RM5 pada hari biasa dan RM8 pada hujung minggu.

Selfie Station ini mempunyai 14 konsep dan setiap satu bilik berbeza tema. Wow, bolehlah bergambar dan melaram dalam background yang berbeza-beza!

Menariknya, Selfie Station turut menyediakan servis wedding photoshoot dengan harga serendah RM100!

Menyediakan 3 konsep bertemakan pelamin dan perkhidmatan jurugambar, para pengantin boleh bergambar sakan di semua pelamin yang dihias cantik itu sebagai kenangan hari bahagia.

Bukan sekadar wedding photoshoot sahaja, Selfie Station turut menyediakan perkhidmatan gambar lain seperti maternity shoot, birthday shoot, photoshoot Hari Raya, dan lain-lain!

Gambar-gambar yang diambil kemudiannya akan dihantar menerusi Google Drive.

Namun begitu, buat masa ini, Selfie Station hanya membuka studio mereka berdasarkan tempahan sahaja

Selain itu, susulan daripada konsep norma baharu yang diterapkan kerajaan bagi mengelak penularan wabak Covid-19, hanya maksimum 10 orang sahaja dibenarkan untuk masuk bagi setiap satu sesi.

Bagi yang ingin menempah slot bersama Selfie Station, boleh membuat pesanan melalui WhatsApp atau boleh layari ke laman Facebook dan Instagram.

So apa lagi? Pakat dengan kawan-kawan jom dress up dan snap up!

Image via Tumblr

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi tempat menarik yang korang boleh singgah!

You may be interested in: