"Bebas Itu Mahal!" - Lelaki Kongsi Pengalaman Lawat Muzium Penjara Malaysia. Seram Weh!
Pengunjung boleh melihat sendiri bilik hukuman gantung, sel bilik banduan akhir, tempat penghuni mandi, klinik penjara dan lain-lain.
Kebanyakan daripada kita mesti tidak boleh membayangkan apa rasanya tinggal di dalam penjara
Tapi kalau setakat menonton video interview banduan serta penghuni penjara tentang pengalaman mereka di laman YouTube itu bolehlah, ataupun membacanya di dalam mana-mana artikel, sama ada melalui internet mahupun di dalam surat khabar mahupun majalah.
Tapi kalau betul-betul ingin merasai bagaimana rasanya tinggal di dalam penjara itu sebenarnya boleh dan mudah sahaja dan ianya tidak memerlukan anda untuk membuat sebarang kegiatan jenayah pun. Caranya, pergi sahaja ke muzium penjara!
Baru-baru ini tular di media sosial satu perkongsian dari seorang lelaki yang melawat muzium penjara di Bandar Hilir, Melaka
Menurut pengguna Twitter @nietzrid, dia serta teman wanitanya telah melawat muzium penjara dengan caj bayaran kemasukan sebanyak RM3 sahaja seorang.
Menerusi perkongsiannya, muzium itu sememangnya merupakan sebuah penjara sebenar sebelum ini.
Menyedari perkara ini, selain berasa seram sejuk, pemuda tersebut tidak dapat membayangkan juga bagaimana penghuni-penghuni penjara boleh hidup di dalam sel di situ kerana saiznya yang terlalu kecil.
Bukan itu sahaja, pemuda itu turut berkongsikan beberapa rakaman serta gambar-gambar yang sempat diambilnya semasa singgah ke muzium penjara tersebut.
Selain itu, antara perkara yang mengusik jiwa pemuda itu adalah beberapa hasil contengan penghuni-penghuni di dinding penjara
Di muzium penjara itu juga terdapat beberapa seksyen yang dibahagikan mengikut kegunaan. Ada seksyen hukuman gantung, sel bilik banduan akhir, hasil kraf tangan, sejarah penjara, pakaian penjara, tempat penghuni mandi, klinik dan lain-lain.
Terdapat juga seksyen sebatan yang mana pelawat muzium boleh merasa serta memegang sendiri rotan yang digunakan. Bahkan apabila pemuda itu cuba menyebat patung yang terdapat disana, dia sendiri boleh bayangkan kesakitan yang dirasai banduan.
Menurut pemuda itu lagi, terdapat dua tingkat bagi seksyen bilik gantung yang mana tingkat atas adalah untuk gantung manakala tingkat bawah pula merupakan tempat mandikan banduan yang siap dilengkapi dengan keranda.
Tambah pemuda itu lagi, dia serta teman wanitanya telah menghabiskan hampir sejam berada di dalam muzium tiga tingkat yang menurutnya cukup sunyi serta seram
Meskipun begitu, lawatan tersebut telah memberikan seribu satu makna dan pengajaran buat mereka berdua.
Antaranya dia berasa bersyukur dengan kebebasan yang dinikmati pada hari ini. Biarpun hanya melawat penjara yang sudah kosong, namun selepas keluar dari situ terasa akan kebebasannya.
Menerusi ruangan komen, ada yang memberitahu pihak muzium turut menganjurkan Program Pocket Show, ‘Cerita Di Sebalik Tirai Besi’ yang merupakan satu simulasi kehidupan harian di dalam penjara dan dianjurkan setiap bulan.
Ekoran tularnya tweet tersebut, terdapat beberapa warganet yang turut berkongsikan perasaan serta pengalaman mereka melawat ke muzium penjara
Hmm. Kalau berniat nak buat jahat itu, fikir dua tiga kalilah.
Baca thread ini sahaja pun dah rasa seram sejuk.