seismik

Perarakan #WomensMarchKL Dikecam Orang Ramai Dan Dikatakan Mengikut Budaya Barat

Betul ke?

Cover image via Twitter @ezrenamarwan

Sempena Hari Wanita Sedunia, Gerakan Pembebasan Wanita telah mengadakan #WomensMarchKL bagi menyuarakan hak wanita kepada masyarakat

Pada 11 Mac 2017, sekumpulan wanita dan juga pemuda telah berkumpul di hadapan kompleks membeli-belah Sogo di Kuala Lumpur bagi memperjuangkan dan menyuarakan pendapat mereka tentang hak-hak wanita di Malaysia sempena menyambut Hari Wanita Sedunia.

Acara ini dimulakan dengan perarakan dari Sogo ke Masjid Jamek dengan membawa sepanduk, kain rentang dan slogan-slogan yang mengangkat perjuangan wanita dunia. Menerusi acara itu juga, sesi perbincangan mengenai Sejarah Hari Wanita Sedunia dan perkongsian tentang pendapat hak-hak wanita juga turut dibincangkan.

Perarakan ini juga diadakan di Amerika Syarikat dan Korea Selatan sebelum ini, namun acara ini merupakan acara yang kecil saja jika dibandingkan dengan perarakan di luar negara.


Antara 'signage' yang direka oleh para peserta yang dibawa bersama ketika perarakan berlangsung:

Pada hari tersebut, terdapat ramai individu yang menyertai perarakan ini dengan membawa slogan yang direka sendiri. Setiap signage yang dibawa ke perarakan ini memberi maksud yang mendalam. Mesej yang ditulis di papan tanda itu menunjukkan pendapat mereka yang ingin diluahkan kepada masyakat.

Perarakan ini diadakan bertujuan untuk memperingati sejarah Hari Wanita Sedunia

Ramai masyarakat yang tidak faham akan tujuan perarakan ini diadakan, ramai diantara mereka yang mempertikaikan motif acara ini dan mempersoalkan kehendak mereka.

"Apakah tujuan perarakan ini diadakan?"
"Tidakkah wanita bersyukur dengan layanan yang diberi kepada mereka?"

Berikut adalah persoalan yang dilontarkan kepada mereka yang menyertai perarakan hari wanita ini.

Image via Twitter

Disebalik cemuhan dan kecaman yang diterima, ramai juga antara mereka yang bersetuju dengan tujuan perarakan ini diadakan

Buat mereka yang masih keliru akan hak wanita dari segi Islam, mari tonton video di bawah ini:

Apakah pendapat anda? Sila kongsikan di ruang komen di bawah!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ini sebabnya kenapa suara wanita perlu didengar:

You may be interested in: