seismik

Kes Buang Bayi Tak Sepatutnya Berlaku, Ini Senarai Lokasi Baby Hatch Yang Anda Perlu Tahu!

Semoga bermanfaat!

Cover image via Berita Harian

Insiden bayi yang baru lahir dibuang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dan orang ramai turut melahirkan rasa marah terhadap perbuatan yang tidak berperikemanusian itu

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak kemudahan pusat baby hatch yang telah ditempatkan di Malaysia.

Baby hatch atau pusat pelindungan bayi adalah salah satu kemudahan dimana anda boleh meletakkan bayi dalam keadaan yang lebih elok dan bukannya dibuang di tempat yang kotor.

Penting untuk anda semua ada kesedaran untuk tidak ‘membuang’ bayi di tempat yang tidak sepatutnya.

Berikut di bawah adalah senarai lokasi baby hatch yang terdapat di seluruh Malaysia:

Dalam pada itu, Yayasan OrphanCare turut menyediakan bantuan sokongan, latihan keibubapaan, membantu proses pengambilan anak angkat dan memberi perkhidmatan kaunseling ibu mengandung anak luar nikah mendapatkan perlindungan bagi mengelakkan tekanan dan ancaman kepada bayi yang bakal lahir.

Bagi anda yang ingin menjadi ibu bapa angkat atau pelihara kepada bayi yang diletakkan di dalam baby hatch di Semenanjung Malaysia ini, sila emelkan kepada [email protected].

Manakala, penduduk di Sabah dan Sarawak pula mestilah memohon melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat terdekat di tempat mereka bermastautin.

Tonton video ringkas di bawah bagaimana untuk memohon mengambil anak angkat dari Yayasan OrphanCare:

Ramai yang mahu menjadi ibu bapa angkat tetapi tidak mengetahui cara permohonan yang sah.

Oleh itu, Yayasan OrphanCare inlah yang akan menyelamatkan bayi-bayi tidak bernasib baik dan memastikan mereka membesar dengan keluarga yang penyayang.

Apa pun sebab pembuangan bayi ini, janganlah sehingga kita membahayakan nyawa mereka ya. Jangan lupa kongsikan kepada yang lain!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: