seismik

Bahaya 'Forgotten Baby Syndrome', Ini Antara 9 Tips Bagi Elak Tertinggal Anak Dalam Kereta

Semoga anak-anak dan keluarga kita semua dilindungi.

Cover image via Sirap Limau & Wonderful Malaysia

Satu demi satu kes tertinggal anak di dalam kereta berlaku di Malaysia. Malangnya, kes-kes yang terjadi telah melibatkan kematian kanak-kanak kecil tersebut.

Gambar sekadar hiasan.

Image via ISMAWeb

Terbaru, seorang kanak-kanak perempuan ditemui meninggal dunia selepas tertinggal di dalam kereta bapanya di tempat kerja di Bukit Makmur, Sungai Lalang, Sungai Petani, semalam.

Menurut laporan, kejadian disedari bapa kanak-kanak itu yang bekerja sebagai pemandu lori ketika ingin pulang ke rumah pada 6.20 petang.

Difahamkan, mangsa berusia empat tahun dipercayai ditinggalkan di dalam kenderaan itu hampir 10 jam dalam keadaan tingkap tertutup dan enjin kereta dimatikan.

Namun begitu, tahukah anda tentang bahaya atau istilah Forgotten Baby Syndrome sebelum ini?

Gambar sekadar hiasan.

Image via Late Night Parents

Ia sebenarnya merujuk kepada ibu bapa yang secara tidak sengaja meninggalkan bayi atau anak kecil di dalam kereta yang terkunci. Kejadian ini selalunya berakhir dengan tragedi yang tragis.

Forgotten Baby Syndrome ini berlaku apabila ibu bapa lebih memfokus perkara yang terjadi pada masa akan datang dan bukannya perkara ketika mereka memandu. Ia boleh menjadi sangat berbahaya lebih-lebih lagi kepada bayi yang diam atau sedang nyenyak tidur.

Oleh itu, seorang doktor perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ada berkongsi cara-cara bagi mengelakkan kes 'terlupa' anak dalam kereta di laman Facebooknya.

Berikut adalah 9 tips yang dikongsikan oleh doktor berkenaan:

1. Jangan letak car seat anak di belakang kerusi pemandu

Gambar sekadar hiasan.

Image via Every Mum

Di situ adalah titik buta (blind spot). Letak di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan anda.

2. Amalkan memeriksa setiap ruangan dalam kereta

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang sebelum mengunci kenderaan anda. Mulakan amalan ini mulai sekarang.

3. Letak patung permainan di car seat

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Apabila letak anak di dalam car seat itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak anda di belakang.

4. Sentiasa letak beg anak di bahagian hadapan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Pinterest

Jika anda ada membawa beg susu anak anda bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan. Konsepnya sama seperti tip ketiga. Ia peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.

5. Letakkan barang yang penting di belakang bersama anak anda

Gambar sekadar hiasan.

Image via Daniel Rrosen

Contoh barangan penting seperti beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut anda di ruangan kaki di belakang. Ini bagi memastikan anda sentiasa menoleh di belakang sebelum keluar dari kereta.

6. Letakkan teg atau label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar

Gambar sekadar hiasan.

Image via Iluminasi

Ia bertujuan bagi menandakan anak anda ada di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah.

7. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Ingat sebagai ingatan diri anda, jika anak tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan kepada pasangan masing-masing untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.

8. Guna peranti (device) atau aplikasi telefon

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Asianparent Malaysia

Ia bagi mengingatkan bahawa anak anda di dalam kereta. Contoh aplikasi yang boleh dimuat turun ialah ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety.

Disclaimer: harganya tidak murah dan aplikasi memerlukan kereta mempunyai fungsi Bluetooth.

9. Guna sahaja aplikasi Waze pada peranti telefon mudah alih anda

Gambar sekadar hiasan.

Image via Waze

Bagi yg selalu guna aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder (Settings>Advanced Settings>General>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai di destinasi.

Semoga bermanfaat untuk kita semua dan dijauhkan dari tragedi sebegini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca artikel berkaitan hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: